: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Aku Ingin Berubah

Assalamualaikum.. Tahun 2015 banyak perkara yang telah aku lalui samada manis mahupun pahit. betullah kata orang tua-tua bahawa awan tu pun tak semestinya selalunya indah, macam tu jugaklah dengan kehidupan manusia. jatuh bangun seseorang ummat tu adalah telah tersurat dan dirancang oleh Allah. Percayalah Allah itu Maha mengadili dan Dia tahu baik buruk sesuatu utk hambaNya. Perlahan-lahan aku melangkah utk bangkit dari kehidupan yang begitu mencabar. Allah juga ada mengatakan bahawa sesuatu ujian yang diturunkan kepada hambaNya adalah sesuatu yg mampu ditanggung oleh hambaNya itu. Aku percaya semakin banyak ujian yang aku tempuhi menandakan Allah syg pada aku. Jadi, aku harus terus kuat untuk menempuhi segala ujian yang mendatang.
Satu persatu ingin aku ceritakan segala perjalanan hidup aku yang boleh dikatakan semakin dewasa ini. Pernah aku dengar desas desus bahawa kehidupan di alam dewasa ini akan berubah sama sekali jika dibandingkan dengan kehidupan ketika dibangku persekolahan. Ya, benar sekali, aku dapat melihat pelbagai kerenah manusia yang dahulunya aku anggap sebagai saudara ku sendiri tetapi kini telah menjadi musuh "ABADI". betullah tiga hari tidak bertegur maka berdosalah seseorang hamba itu. Tetapi hati ni aku tidak bisa membohong. bukan keras kepala yang ingin aku tonjolkan, tetapi ketetapan hati aku sudah sedemikian rupa. Aku juga perasan ada sekeliling aku yang baik, mengambil berat tentang aku disaat perkhidmatan ku diperlukan. Tetapi aku bukanlah seorang yang mudah melatah, Aku masih percaya bahawa manusia ni mampu berubah dalam hanya tiga saat dan aku sentiasa berdoa bahawa aku akan terus di bawah perlindunganNya dalam semua perkara.
Aku tahu dan aku sadar bahawa aku bukanlah hamba Allah yang sempurna. Masih banyak celah-celah perkara yang menjadikan aku antara hamba yang menderhaka kepada Allah. Aku masih cuba untuk perbaiki. Aku sedar bahawa setiap orang inginkan yang terbaik dan menjaga nama baik diri sendiri sebaiknya kerana pandangan pertama itu adalah penting di mata manusia. walaupun kita tahu, pandangan manusia hanyalah dunia semata. Tetapi ingatlah bahawa pandangan Allah tu lebih -penting. Bukanlah niat dihati ingin menjadi Ustaz secara "parttime", tetapi aku yakin dengan merubah diri sendiri dahulu adalah lebih utama daripada merubah diri orang lain.
Macam-macam manusia yang aku telah temui walaupun umur ku hanya sekadar 20-an. Tetapi aku yakin bahawa org sekeliling aku, boleh menjadi contoh yang boleh ak teladani samada perkara positif atau perkara negatif. Betul lah kata saudara "S" penjagaan masa atau disiplin masa tu penting. tapi saudara, ingin aku tegur dan aku percaya kita sesama bangsa dan agama tidak salah jika aku ingin menegur cara hidupmu dan penjagaan masamu seperti yang sering kau ungkap dengan lidah petah kau berbicara. Tidak aku mengatakan aku adalah yang terbaik. Seperti yang telah aku katakan tadi bahawa merubah diri sendiri dahulu adalah lebih baik sebelum kita mahu merubah orang lain. Ya Allah, peliharalah kata-kataku jika dengan kata-kataku mampu melukakan hati hamba yg hina juga sama seperti aku. 
Aku juga hamba yang hina dimata Allah. tanggungjawabku juga tidak begitu sempurna. In Sya Allah akan aku usahakan untuk merubah diriku. Ya Allah kau pelihara lah aku dari cara percakapan ku, kata-kataku, perilakuku dan segala macam tindakan ku seperti mana yang kau ingin kan. Sesungguhnya kau yang mampu mengubah hatiku. Aku sedar bahawa tidak akan berubah diri seseorang jika sesorang itu tidak cuba untuk mengubah dirinya sendiri. Tetapi aku mohon kepada Mu Yarrab agar kuatkan dan bantuilah segala usaha penghijrahanku ini.  
Read More

Betul Ke Teori Konspirasi Punca Dan Sebab Kehilangan Pesawat MH370 Ini tak boleh dipercayai

Assalammualaikum.. Baca dan renungkan

Berikut merupakan satu teori konspirasi yang dirasakan paling logik dek pemikiran akal. Kita tak percaya Kapten Zaharie cuba melakukan perbuatan sabotaj ke atas kapalnya sendiri dengan pelbagai sebab rekaan media asing.


Biarpun terdapat teori lebih baik dengan mengatakan pesawat MH370 terbakar didalam kokpit disebabkan beberapa perkara. Jangan cepat percaya, baca dahulu artikel dibawah kemudian timbang dan fikir sendiri....

Punca & Sebab Kehilangan MH370


Tuan2 Boleh baca..nak percaya timbang2 sendiri..

Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014.

Tiada liputan dalam peristiwa ini

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional. Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil. Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi.

Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US). SUMBER


Read More

Karnival Usahawan Kolej Za'ba UPSI 2013

Assalamualaikum



Kemeriahan Pentas Utama KUKZ 2013

Selamat petang dan salam Aspirasi Za'ba. Hari ni hyriel nak kongsikan lah serba sedikit event yang hyriel bersama sahabat telah laksanakan iaitu Karnival Usahawan Kolej Za'ba 2013. Biasalah kalau dah kata nama karnival kan mesti lah pebagai gerai-gerai akan dibuka untuk menjual. Serius, kali ni first time la hyriel tengok dalam Universiti ada deretan gerai yang begitu panjang. Apabila kawan-kawan dari kolej lain mengagumi dengan deretan gerai yang panjang itu, hyriel cma cakap macam ni "Well,, tengoklah kolej siape?" hahaha. Btw segala nya sudah selesai. Selama 3 hari kami menjalan kan event ni dengan jayanya.

Hyriel merupakan sekretariat PDI dalam unit teknisyen dah buat yang terdaya walaupun hanya melihat saja. Untungnya hyriel, kami dapat pengurus dan penolong pengurus yang sporting sangat, so tak terasa beban la macam sekretariat yang lain. Hyriel nak ceritalah serba sedikit flow event kami ni. Pada hari pertama iaitu pada 29 November 2013 "Suka suki sukaneka" la kot nama dia. hyriel sendiri pun dah lupa. Penyertaan sebenarnya adalah terbuka, tetapi tiada penyertaan dari kolej lain atau pun orang luar. Hanya antara sekretariat saja yang serta dalam slot pertama ini. Walaubagai manapun segalanya berjalan dengan lancar. Di waktu petang adalah, pertandingan Fashion show berllansung. Terdapat penyertaan yang sangat memberansangkan kerana terdapat penyertaan dari kolej lain dan juga kolej Za'ba sendiri. Pemenang bagi Pertandingan Fashion show adalah pakaian yang serupa dengan sari yang diimport dari Delhi. "Rasanya lah"
Walau apa pun segalanya berjalan dengan lancar.

Mesti korang semua tak nampak kan apa kerja hyriel?? Memang pun, hari pertama memang sangat ringan kerja hyriel sebab segalanya dah dibuat oleh ketua unit teknisyen. Terima Kasih. Pada jam 5 petang kami semua bersiap dan melakukan persediaan untuk slot malam nanti iaitu  yang bertemakan Malam Cahaya Citra Cinta. Dan pihak kolej telah menjemput dua kumpulan nasyid *maybe iaitu Almawlid dan Al husna dengan pakaian ala islamik. Apabila Matahari melaburkan tirai, slot alam pun bermula. Slot kali ni memang sengaja kami menampilkan nilai-nilai keagamaan. Kumpulan Almawlid dan Alhusna membuat persembahan yang sangat awesome dan sangat menyentuh hati.

ni Salah satu persembahan yang sangat menyentuh hati hyriel

Dalam persembahan mereka sangat banyak nilai-nilai yang dipersembah kan. Serius mase hyriel sedang fokus dan kagun dengan persembahan mereka, air mata hyriel hampir menitis. Mungkin kejahilan hyriel, air mata tu tak mampu untuk terus keluar.

Pada keesokan Terapat slot simulasi perang yang dipersembahkan oleh unit Suksis dan Unit Sispa. Tak payah taw la apa maksud Suksis dengan Sispa tu. Lebih kurang polis la gitu. Awal pagi hyriel bangun lebih kurang 7.45 pagi la macam tu. Tapi jam 9.00 pagi baru mula. haha Apa pun segalanya berjalan dengan lancar cuma hyriel tak dapat nak rakan sebab hyriel kena rakan untuk unit PDI. takpa la maybe tak ada rezeki untuk korang. 

Di waktu tengah hari aktiviti Eureka diadakan. haaa ni yang hyriel semangat nak cerita. Dalm pertandingan ni, peserta akan disediakan beberapa barang terpakai seperti surat kabar, botol, straw dan beberapa barang lain. Peserta dikehendaki untuk mencipta sesuatu yang kreatif dengan menggunakan barang yang disediakan dan jika ingin membawa barang sendiri tidak menjadi satu kesalahan. Pada mula nya hyriel tak masuk pun, tapi ada seorang senior hyriel yang ajak hyriel untuk menyertai. Hyriel pun join lah game tersebut. Mungkin rezeki Allah, hyriel dapat tempat pertama dengan tajuk rekaan hyriel iaitu "Bantera Cinta" Dimana hyriel mencipta satu kapal kertas di dalam botol. Alaa yang biasa korang lihat kapal dalam botol tu. Haa macm tu la. Entah darimana idea tu datang pun hyriel tak pasti. Maybe idea tu datang masa hyriel pergi Eksplorasi kepulau Pangkor temph hari kot. 

Haa ni muke budak juara tu hahaha

Kami Awesome

Bahtera Cinta
Selesai sudaa slot kali ni dengan hyriel memenanginya. Dapat RM50 kot dengan yuran RM5. Kan untung disitu. Seterusnya pada waktu petang seperti biasa persiapan bermula bagi slot untuk waktu malam. Pada malam kedua ni, Kami meletakkan tema "Malam Penglipur lara" dengan tema pakaian Retro atau Old school. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan. Memang betul-betul rugi siapa yang tidak hadirkan diri. Antaranya kami sediakan seorang penyanyi yang bersuara merdu, ahli dikir barat Kolej Za'ba, Persembahan Tarian. Semua memang awesome.







Ini lah antara persebahan yang dipersembahkan oleh artis utube ni dan Kumpulan dikir barat KZ.. Memang kami pun sebagai warga KZ dah janjikan akan menyediakan sesuatu yang terbaik untuk pengunjung. Keesokan nya dalah hari terakhir bagi Karnival ni. Awal2 lagi senam irobik dibuat diperkaragan pentas utama dan pada waktu tengah hari berlansungnya Pertandingan memasak iaiu ECHECHE. Bukan kata pelajar UPSI pandai2 dalam akademik, tetapi ramai juga yang pandai memasak. Yang lgi membanggakan hyriel adalah peserta yang menyandang kejohanan ialah dari kaum lelaki. Siapa kata lelaki tak pandai memasak? hahaha.. Selesai dari itu, kami semua unit bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis penutupan. Apa yang istimewa malam penutup, kami membawa penampilan khas iaitu seorang penyanyi yang sangat popular iaitu Black dari rancangan realiti Mentor. Sorry la.. hyriel tak sempat nak upload. so hyriel boleh tampilkan beberapa keping gambar sahaja. Program Karnival Usahawan Kolej 2013 ni adalah Karnival yang paling hebat dalam UPSI ni. Alhamdulillah segalanya selesai. 









Berjaya juga hyriel nergambar dengan Black.. Kononya just jagalah jangan sampai diserbu oleh student lain.. hahaha ni lah cara nak ambil peluang. Bukan senang kan. Oke lah cukup kot sampai sini. Ingat Tahun depan ada lagi Event yang akan Kolej Za'ba buat. Tunggu saat itu pasti kepuasan dan kegembiraan menyelubungi anda. Hidup Za'ba Usahawan Penggerak Transformasi Dunia.

Read More

Tanggal 10 November 2011

Assalamualaikum


     Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog yang usang setelah ditinggalkan sejak sekian lama lagi. Hyriel sebuk dengan assignment, cuti, spend masa bersama keluarga, sahabat sehingga masa untuk diri sendiri pun tidak mencukupi. Demi melihat orang lain yang digelar Ibu dan Sahabat tersenyum, hyriel tak kisah dengan semua tu. 

     Tanggal 11 November adalah tarikh dimana ketika itu Hyriel sedang melaksanakan tanggungjawab hyriel kepada negara dengan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara. Apabila tanggal 11 November 2011 menjelang, hyriel melakukan aktiviti seperti biasa. Ingat malam sebelum tarikh keramat tu, mata hyriel ibarat disimbah dengan air, tak tahu kenapa tapi hati sebak sebab teringatkan kampung. Ya! hyriel memang tak pernah tinggalkan kampung dan keluarga. Pagi itu, hyriel teruskan juga melangkah untuk menyelesaikan aktiviti pagi tu. Aktiviti yang sebenarnya hyriel nanti kan iaitu aktiviti flying fox. 

     Semasa sedang khusyuk mendengar taklimat, tiba-tiba nama hyriel dipanggil oleh pegawai atasan untuk berjumpa dengan nya di pejabat. Tiada sedikit pun terlintas dihati yang menandakan hyriel bakal menerima berita yang sungguh mendukacitakan. Hyriel dengan selamba melambai kawan-kawan dan menyatakan yang hyriel ada meeting dengan orang atasan dengan gurauan biasa seperti tiada apa-apa. Hyriel melangkah perlahan-lahan menuruni bukit kecil untuk keluar dari kawasan aktiviti yang kami sedang jalankan. Setibanya di pejabat, Ketua Kem dengan muka yang sedih, dengan mata yang merah sudah menunggu hyriel di pintu pejabat. Sesampai sahaja hyriel di situ, beliau menyambut hyriel dan cuba untuk menengkan hyriel. Hyriel cuba untuk fahami apa yang tersirat dalam tangisan Ketua Kem tersebut. 

     Sumpah dalam hati hyriel cuma terlintas bahawa nenek hyriel telah meninggalkan hyriel. Kenapa hyriel kata begitu? Sebelum Abah dengan Mak hantar hyriel ke Kem PLKN tu, Arwah nenek hyriel takmampu untuk bangun, berkata-kata, dan tak mampu untuk berbuat apa-apa. Tetapi sangkaan hyriel tersasar jauh kerana Allah telah mengambil kembali Abah untuk kepangkuan nya. Hyriel terasa dunia ni macam ak kiamat. Tadi dengan fikiran yang kosong semasa menapak untuk ke pejabat. tetapi kini otak hyriel dibebani dengan pelbagai persoalan yang tiada jawapan. Pada Tanggal 11 November 2011 Allah telah memisahkan satu nyawa dengan jasadnya yang teramatt la penting bukan kepada hyriel sahaja, tapi juga kepada keluarga hyriel. Berlegar-legar persoalan yang bermain difikiran, "sape nak tanggung aku nanti? sape nak sare keluarge kami nanti? boleh ke mak dengan adik terima atas pemergian arwah abah? kenapa tuhan mesti mengambil abah aku? kenape mesti ketika aku berjauhan dengan abah? Kenapa terlalu singkat masa kau bersama abah? kenapa?! kenapa?! kenapa?! Air mata hyriel takberhenti mengalir ketika menunggu abang sulung hyriel datang untuk menjemput hyriel. Orang dikeliling sering menasihati dan memberi sokongan agar terus kuat. yang ada di kepala hnyalah wajah seorang lelaki yang sekian lama telah berpenat lelah, bersusah payah dalam memastikan kehidupan yang lebih bagus kepada keluarga, iaitu Abah. 

     Sesampai sahaja dirumah, hyriel lihat rumah dikerumuni ramai orang-orang kampung. Keluar sahaja dari kereta, hyriel terus menapak masuk dan melihat sekujur tubuh yang terbaring di tengah ruang tamu sambil akak dan abang membacakan Yassin. Hyriel tergamam, hyriel terus mendapatkan Emak, peluk emak, cium emak, sambil menangis sepuas hati. Hyriel tahu tak baik kalau kita menangisi arwah. tapi melihat emak yang masih mengawal tangisan nya, hyril tak mampu menahan. Hyriel gagah kan diri untuk bangun dan mendapatkan jasad arwah abah yang tiada nyawa itu. Hanya dengan pelukan kosong yang tiada balas sahaja yang mampu hyiriel lakukan. Terlintas lagi dalam fikiran hyriel, "bila lagi hyriel akan dapat berborak, bergurau dengan arwah abah??!" 

     Pemergian Arwah abah bukan la satu perkara yng mudah dilupakan. Abah selamat dikebumikan dengan lancar. Kali terakhir melihat wajah abah yang tersenyum ketika melambai selepas menghantar hyriel pulang ke Kem PLKN bermain-main dibenak fikiran. Bila lagi nak lihat Abah senyum kan?  Bila lagi nak makan sama-sama. Kalau diikutkan, tak mampu hyriel nak teruskan kehidupan tanpa tulang belakang yang sekukuh arwah abah. Selesai segalanya, Hyriel menjalani kehidupan tanpa seorang abah. Kesusahan emak nak menjaga kami, tanpa lagi bantuan abah. Abah hanya mampu melihat dari jauh. Yang paling sebak bila difikirkan, pada keesokan tarikh keramat ini, 11 november adalah haru ulang tahun adik yang ke 9 tahun. Tak dapat hyriel bayang kan kalau hyriel berada ditempat adik yang menyambut ulang tahun yang ke 9 tanpa abah. Kami adik beradik tetap menyambut ulang tahun adik agar dia tidak rasa terpinggir dan kehilangan. 
     
     Keperitan dan kepayahan kami lalui bersama. Pahit, tawar kami terpaksa telan juga bersama. Alhamdulillah pada tanggal 11 November 2013 ini, genap pemergian Arwah Abah selama 2 tahun. Kami dapat teruskan hidup, bersusah payah tanpa abah. Hyriel harap Abah sentisa dirahmati di sana. Tenanglah disana dan jangan memikirkan kami disini. Sekalung Al-fatihah sentiasa dari anakmu disini. Al-fatihah
Read More
 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena