: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Cuba Untuk Mendekati

Assalammualaikum


Selamat tengahari, salam perpaduan kepada semua blogger dan semua pembaca diluar sana. Hari ni terlintas pula di dalam kepala otak nak tulis entry. Walaupun hyriel tahu ada diluar sana yang dh naik meluat dengan setiap entry yang hyriel tulis. "ade aku kesah?!" kalau sesiapa yang tak berminat nak baca tapi dah terbukak blog ni, hyriel bantu untuk keluar. Just CLICKHERE thnx :')

Apa yang hyriel cuba sampaikan mengenai tajuk entry hyriel hari ni adalah mengenai aktiviti yang hyriel cuba untuk ceburi dan dekati. Almaklumlah, sayee ni budak baru yang masih merangkak di alam universiti. Pelahan-lahan hyriel memerhati cara orang yang berpengalaman bekerja dan menyelesaikan sesuatu masalah yang membuatkan hyriel jadi tertarik untuk mendekati. Malangnya hyriel ni seorang yang lambat untuk mesra dan susah untuk bersosial dengan orang baru. So, hyriel buat tak tahu je. Tertinggal  lah hyriel untuk mengejar apa yang hyriel mahu kan. Walaubagaimanapun, sesi yang hyriel tunggu-tunggu untuk menyerlahkan diri semakin tiba, tetapi mampu ker hyriel serlah kan diri dalam masa yang singkat macam ni? Tidak kah nanti ada yang mengatakan hyriel ni jenis yang gila kuasa? Hyriel teringat kata-kata Tokoh Belia 2013 ada mengatakan " biar kita dikata sebagai orang yang gila kuasa untuk membolot semua jawatan, asalkan masa depan kita terjamin bila kita tamat pengajian nanti". Mengikut pengamatan hyriel berkaitan Tokoh tersebut, dengan sikap yang gila kuasalah beliau telah disandang menjadi Tokoh Belia yang termuda dan menyandang sebuah jawatan yang tinggi di dalam Jabatan Perdanan Menteri dalam seumur yang begitu muda. Yang lebih membanggakan hyriel, beliau adalah di kalangan anak-anak FELDA. 

Bukan sikap gila kuasa yang hyriel nak mention disini, cuma dengan sikap beliau menjadi bahan bakar untuk hyriel berusaha dan memasang cita-cita. Insyallah hyriel kan cuba buat yang terbaik untuk memudahkan lagi perjalanan hyriel di masa hadapan kelak. Dalam situasi yang baru macam ni, macam-macam dugaan dan halangan yang perlu hyriel tempuh. Dengan Sipulan A berkata begitu, dengan Sipulan B berkata bergini sehinggakan hyriel menjadi buntu. Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hyriel nak menyentuh kejadian yang agak memalukan yang berlaku semasa hyriel dalam program orientasi di UPSI ni. Bukan niat hyriel nak cari populariti macam tu, tapi kalau diikutkan apa yang hyriel katakan adalah benar.(tiada unsur provokasi) Setiap manusia ada melakukan kesalahan dan tak akan pernah dapat lari dari kesalahan tu. Hyriel tahu bnyak pengorbanan yang sudah dilakukan oleh certain pihak yang hyriel terlepas pandang sehingga hyriel melakukan sesuatu yang tak patut hyriel buat. Walaubagaimanapun, semua nya sudh berakhir. Cuma sekarang hyriel mesti fokus dalam setiap aktiviti dan tugasan yang diberikan.

Dalam minggu ni, macam-macam yang hyriel tahu, salah satunya, menggunakan aplikasi Prezi. Hyriel tahu ada diantara kalian yang expert. Hyriel akan cuba menjadi antara kalian yang expert tu. Selain tu, hyriel jenis seorang yang mengharapkan teman untuk melakukan sesuatu, tetapi hyriel dah berjjya menyelesaikan masalah sendiri dengan berhaluan sendiri tanpa peneman, dan sedikit sokongan dari senior dan sahabat. Hyriel juga sudah memahami keadaan persekitaran dan masih mencuba untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru. Hyriel juga sudah mula pandai berdikari dari aspek kewangan, pengurusan masa, pengurusan hal peribadi atas dorongan kalian (Terima Kasih). Walaupun hyriel jenis yang kurang pandai bergaul dan masih dalam pembelajaran. Insyaa Allah hyriel akan berusaha untuk menjadi seorang yang mudah untuk bergaul dan memberikan komitmen yang maksima. Pada dahulunya hyriel dikenali seorang yang sangat kurang berbudi bahasa sehingga ada yang menegur, Insyaa Allah hyriel akan cuba perbaiki kelemahan itu, walaupun sudah tertulis setiap manusia mesti ada kelemahannya.

Banyak senior-senior yang hyriel nampak berusaha dalam membantu budak-budak baru macam hyriel ni. (Terima Kasih) Seikhlas hati hyriel katakan yang hyriel berbangga dan bersyukur kerana tuhan telah meletakkan hyriel di kalangan orang yang mampu membimbing kami untuk terus berjaya (Alhamdulillah). Walaupun sering terlintas di benak hati ni, mampukah hyriel setanding dan seiring dengan mereka? Insyaa Allah hyriel kan cuba dan usaha. Assalammualaikum 

Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

3 Sang Pencerita:

EMYR ASHRAFF said...

wah! Wish u Luck.. Insha Allah! Kalau niat tu da baik, akan dipermudahkan jalannya...

putEra HyriEl said...

Insya Allah, tq

Anonymous said...

Pnt la nax baca panjang

 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena