: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Doa Untuk Kekasih



Ya Allah ya Tuhanku..
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi….

Ya Allah ya Tuhanku….
Seandainya telah Kau takdirkan dia
Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
dan peliharalah diriku dari kekecewaan….

Ya Allah ya Tuhanku….
berikanlah diriku kekuatan
melontarkan bayangannya ke dada langit
agar ku rasa bahagia
walaupun tanpa dirinya
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
meskipun tak sama dengan dirinya
seandainya dia datang menemuiku
cinta itu adalah cinta sejati dan satu
seandainya dia tidak datang menemuiku
anggaplah cinta itu tak wujud dari awal lagi…..

Ya Allah ya Tuhanku….
pasrahkanlah apa yang Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
kerana Engkau maha Mengetahui
bahagia yang terbaik untuk hambaMu ini….

Ya Allah cukupkanlah Engkau sahaja yang
menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarkanlah rintihan dari hambaMu
yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun akhirat
menjuruskan ke arah kemaksiatan
dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh
Read More

Doa hyriel untuk pasukan kebangsaan


Assalamualaikum
Hallo semua.. korang sebagai penduduk malaysia bangga tak dengan pencapaian skuad Malaysia? setelah menjadi campion Piala AFF Suzuki Cup tahun lepas.. hendak menjadi juara sebenarnya lagi senang berbanding mempertahakan kejuaraan. setelah puas berpenat lelah kuad malaysia mempertahankan kejuaraan. . Sekarang Malaysia terpaksa tempoh berlawan dengan skuad daripada Thailand.. Perlawanan yang pertama masing-II berjaya memboloskan satu jaringan.. Sekarang tiba masanya perlawana yang kedua di Thailand.. MAmpukah harimau meombang kan gajah putih di tempat lawan..
Yang hyriel dapat taw skuad Malaysia mendapat pelbagai cubaan.. Antaranya Pasukan kebangsaan terpaksa berlatih di padang Awan yang sangat daif.. dengan lopak air yang berada di merata tempat membuatkan latihan berjalan dengan tidak lancar.. Tetapi, hyriel lihat mereka masih bersemangat.. Yang lebih menyakitkan hati,, pihak dari Thailand tidak membenarkan pasukan Malaysia mencuba padang yang bakal mereka guna untuk berlawan pada malam ini.. Walaubagaimanapun hyriel lihat mereka tidak patah semangat, dan mengaggap itu semua cubaan dari tuhan.. bukankah manusia yang sentiasa mendapat ujian dari tuhan adalah manusia yang dekat degan tuhan. :) Ingat pasukan Malaysia kami sebagai rakyat Malaysia sentiasa menyokong kalian dari belakang,, tumpaskan pasukan Gajah Putih seperti harimau malaya menumpaskan pasukan Garuda Indonesia.. 
Doa dari hyriel : 
Ya Allah,, engkau berkatilah perjuangan pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan dari Thailand. Engkau berikanlah semangat kepada mereka dan pastikkan Malaysia memenangai perlawannya malam ini.. Amin
Hyriel sebagai penyokong Pasukan Harimau Malaya sentiasa menyokong kalian walaupun pasukan Malaysia kalah :) Ingat malam ni ,, pastikan Harimau mampu menumbangkan Gajah Putih dan membanggakan rakyat Malaysia

Read More

Cita-Cita dan Plan B dalam hidup

Assalamualaikum


            Hallo dan selamat malam.. seperti biase saat-II macam ni mmg duti harian hyriel jadi night assistant di pusat jalur lebar Felda Tenang... kije hyriel kalau tak lain tak bukan ngadap FB,, Twitter, dan ni hah satu lagi blog.. kadang-II rase bosan pun ada jugak hyriel ngadap semua nie,, tapi kalau dok cangok lagi bosan.. sooo... hyriel takde pilihan lain selain ngadap semua ni dario pukul 8.30 to 11.30... 
         Straight to the point .. Kita haruslah pantai bercatur dalam hidup kita. maksud hyriel selain kita mengejar cita-II untuk menentukan masa depan,, kita juga kenelah membuat plan B untuk mengelakkan kita menjadi penganggur terhormat kelak... Biasalah kan,, zaman akan datang makin bnyak cabaran hidup yang akan kita tempuhi.. malang tu tidak berbau kan,, so kita sebagai orang yang profesional kenalah pasti kan plan B kita dapat membantu kita bila kegawatan ekonomi kelak.... hyriel bukan nak "masuk mesin basuh putar sendiri" . tapi hyriel juga ada Plan B yang rasa nye boleh membantu hyriel bila berlakunya kegawatan ekonomi kelak... sekarang nie hyriel tengah exam STPM untuk dapatkn STPM lah... tu kire cita-II hyriel yang utama... Plan B pula.. selepas hyriel abez exam STPM hyriel akan masuk kolej yayasan FELDA untuk belajar jurusan kemahiran.. 
           Rasa-II nya betul tak kalau hyriel kata,, macam mana pun gawat ekonomi negara kita pakaian dan makanan tidak akan dilupakan... betul tak?? so hyriel suggest kan kat blogger di luar sane ambil lah kemahiran dalam bidang jahitan dan kulinari.. jurusan ini akan membantu kita bila kegawatan ekonomi berlaku nanti.. Seperti hyriel ( bukan nk bajet ) . . . hyriel akan ambil kemahiran bahagian jahitan  di koles yayasan felda sementara menunggu result exam keluar,, dengan cara ini hyriel dapat menimba ilmu serba sedikit dan dapat menjimat kan kos keperluan akan datang serta yang paling baik dapat menjana pendapatan kelak... bukan kah itu menguntung kan kita... Kepada blogger mahupun pembaca di luar sana berfikirlah secara bijak dan gunakan lah kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin agar korang semua tak menyesal nanti... Ok lah,, hyriel rase dah panjang lebar dah hyriel membebel nie,,, hyriel harap suggestion hyriel berguna untuk korang semua.. :))

Read More

Kenapa Hyriel Fobia dengan Tabuan ? ?

Assalamualaikum
hallo semua.. hye dah lama hyriel tak update my own entry dalam blog ni. Bukan apa, cuma hyriel rasa sebuk sikit dengan exam yang tak reti-II nak abiz kan.. Berbalik pada tajuk.. hari ni hyriel nak cerita atau kasi tau sama korang kenapa hyriel fobia dengan tabuan.. korang mesti tau kan apa tu tabuan? 


Haaa.. ni la tabuan punya sarang...
         Uke.. dulu masa hyriel berumur 5 tahun, my mother adalah salah seorang baby sitter kat kampung hyriel. Ramai lah yang hantar anak mereka.. kalau dikira 6 orang yang Emak hyriel jaga,,, tiga beradik lelaki dan dua perempuan dengan abangnya seorang, pada masa tu belakang rumah hyriel ada sebuah sarang tabuan yang sangat besar,,, macam kat atas ni lah,,, tapi rasanya lagi besar kot... orang kata malang tu tak berbau kan... pada masa tu mak hyriel pergi mesyuarat kampung di balai raya.. so anak-II jagaan tu akak lah yang tolong jaga,,, akak dengan kawan-II dia lepak di halaman depan rumah... oppppss lupe nak kenal kan anak-II jagaan tu... yang paling tua namanya apiz, ada yang hyriel panggil adik, uda, didi, bella dan farid kot..lupa lah,,hehehehe,, yang paling nakal apiz, adik dan uda... didi masih kecil lagi,,, masih merangkak,, so dia sentiasa ada bersama kakak,,, lepas duti harian,, kitorang mandi pagi-II ,,, lepas mandi baru akak lepaskan main,,, yang tiga beradik paling nakal tu dah main di belakang,,, tinggal hyriel dengan bella saja di depan...
              Sebelum hyriel ikut tiga beadik tu,, hyriel sempat pesan dengan bella..." bella duduk depan diam-II, bella perempuan tak boleh main dengan laki-II" lepas tu bella hanya ia kan saja..hyriel pon berlari kebelakang... bila sampai je hyriel di belakang,, hyriel tengok tiga beradik tu sedang balik sarang tabuan yang besar tu,,, yelah kan,, budak-II biar disuruh dari di tegah,,, hyriel pon join sekali balik sarang tabuan tu.. masa hyriel baling dengan batu.. tepat kena pada sarang tu... tapi tiada respone pon dari tabuan tu,, tiba-II budak yang hyriel panggil adik tu baling dengan sabut basah dan tepat kena sarang tu,,, tabuan pun keluar serang kitorang... baru hyriel nak lari.... hyriel nampak bella pun kena serang dengan tabuan tu,,, hyriel cuba tarik dia,,, yela kan,,, kudrat perempuan,,,, dia terjatuh,, hyriel tak tahan kena sengat tabuan yang bisa giler... hyriel pon lari kan diri.... hyriel bitau akk dan akak panggil emak... akak memberani kan diri lawan tabuan untuk selamat kan bella... seluruh badan bella dikerumuni dengan tabuan... akak pun turut kena tabuan tersebut,,, kami terus panggil teksi untuk dibawa ke hospital,,, pada awal nya bella uke saja,, sempat dia pesan dekat mak..." mak jangan nangis,, bella uke-II jep.." tapi kudrat badannya yang lemah,, tuhan lebih menyayangi nya,,, dia telah meninggal dunia... tapi keluarga bella anggap itu takdir tuhan,,, dia tak marah pun pada mak,,, tidak ambil apa-II tindakan pun,,, sejak dari itu hyriel cukup fobia dengan tabuan.... sejak itu mak takda lagi jaga anak orang,, mak takut tragedi yang sama berlaku lagi...
Alfatihah untuk arwah Bella..

Read More

Filem 29 Februari Full Movie

Sinopsis 29 Februari
Filem 29 Februari ini mengisahkan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat, 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia empat tahun sekali. Fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap kecacatan dialaminya sebagai sumpahan. Ia sebenarnya anugerah buat Budi yang melalui era transformasi Tanah Melayu kepada Malaya dan seterusnya Malaysia.
Kisah percintaan Budi dan Lily (Jojo Goh) melalui pelbagai cabaran serta dihalangi keluarga kerana perbezaan bangsa dan agama.
Filem 29 Februari terbitan KRU Studios menampilkan lakonan hebat Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Namron, Wan Hanafi Su dan Dian P Ramlee.
JOM TONTON : KLIKSINI
Read More
 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena