: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Rindunya dekat Arwah Abah

Assalamualaikum

Abah...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
hari nie 14 okt 2012 hampir 2 tahun Abah pergi...
rasanya baru semalam Abah peluk orangg kan syahdu masih terasa lagi nie...
Abah tahu tak...
itulah pertama kali Abah peluk anak Abah yang nakal nie sejak orangg dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya...
Emmmmm...rupanya Abah dah tau Abah nk pergi jauh...
nk tinggal kan anakanak Abah...nak tinggal kan dunia fana nie...
Abah macam dah sedia...
3hari sebelum tu dada Abah dah sakit..
sepatutnya Abah kena pergi hospital...
tapi Abah tak nak walaupun Emak dah paksa..
tapi dari hari ke hari Abah tak pergi hospital jugak...
Abah cakap " takpayah lhaa"  Abah masih berdegil..
Masa tu Abah perasan tak ?
Semasa Abah hantar orang pergi ke PLKN
kali pertama Abah tawar kan pada Orang untuk membeli snak untuk dibawa ke PLKN
tapi orang tolak je mase tuwh
Abah cuma gelak jea...
Emmmmmmm...bahagiaa nya saat itu...
Orangg masih ingat lagi...
Bila orangg eksiden balik dari kebun...
Punya lhaa orangg takut...
Orangg warning adik jangan bgtau kat Abah...
Orangg cepatcepat selubung kan moto dengan kain...
abah perasan juga , Abah tanya kenapa ?
Selamba jea orangg jawab , hari dah nk hujan...
Abah...
Tujuan orangg menipu tu supaya Abah tak risau...
Maafkan orangg kerana sampai Abah pergi Abah tak tau hal sebenar...
Abah , orangg menipu abah kann...
Ampun kan orangg dari hujung rambut sampai hujung kaki...
Orangg banyak buat salah dengan abah...
Abah... Hari tu hari selasa 10 November 2011...
Pagi tu orangg tengah jalan kan aktiviti fizikal kat PLKn...
Ketua Kem bagitau orangg cakap aabah dah takda...
Hmmmm , terkelu , terbisu , terkaku ,terpaku .
Abah tahu tak ?
Orangg berlari dalam keadaan separuh sedar...
Hanya diam melayan perasaan...
Kenangan bersama Abah berputar dalam kepala nie...
Jalan depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apaapa terjadi di jalan tu orangg relaa...
Kosongg...sekosong hati nie...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh tu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...Dinginnnn...
Namun alhamdulillah akhirnya orangg sampai jugaa...
Abah mesti nampak orangg jatuh terduduk di lantai rumah atas...
Mesti Abah nampak kakak baca yassin untuk Abah..
Mesti abah nampak mak cium dahi abah...
Mesti abah nampak adik menagis kat sudut tu...
Mesti abah nampak semua tu kann... kann... kann...
Abah...
Orangg masih ingat lagi...
Orangg baca yassin kat tepi teman kan abah...
Jam 10.00 pagi abah di mandi kan...
Mesti abah rasa betapa lembut nya orangg mengosok seluruh tubuh abah...
Orangg gosok kaki abah perlahan lahan...
Abah perasan tak ?
Pakcik yang mandikan Abah tu pujuk orangg...
dia kata " adik , jangan nangis . kalau sayangg abah jangan buat begitu.. jangan nangis ya.. "
Bila pakcik tu kata begitu...
Lagi lhaa... laju airmata nie...
Tapi orangg kawal supaya tak menitik atas Abah...
Abah...
Sebelum muka Abah ditutup buat selamanya...
Semua anakanak Abah mengelilingi Abah...
Menatap wajah Abah buat kali terakhir...
Semua orang kata Abah seolah olah senyum jea...
abah rasa tak ?
Masa tu orangg sentuh dahi abah...
Orangg rasa sejukkk sangat dahi abah...
Orangg tk mampu nk cium abah..
Orangg tk terdaya...
Jam 1.45 tengahari abah diusung keluar dari masjid...
Denish pula terkulai dalam pelukan kakak...
Badan Denish terasa panas...
Abah.....
Cucu abah tu demam....
Sampai jea ditanah perkuburan...
Semua orangg dah tunggu...
Abah nampak tak orangg sambut abah dalam liang lahad...
Abah nampak tak orangg bantal kan kepala abah..
Abah mesti nampak semua tu.. kann... kann...
hmmmmmm......
Abah... Harihari ku lalui tanpa kewujudan abah lagi...
Begitu terasa kehilangan abah...
Boleh kata setiap malam selepas magrib , anak abah nie berendam airmata...
Abah tahu ?
Orangg cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tk juga redha...
Orangg rasa nak call abah...
Nak cakap dengan abah...
Orangg rindu sangat dekat abah...
Anak abah yangg nie dah tak betul kann ?
abah tahu ?
Disaat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuknusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada...
Sampai sekarangg bila kerinduan tu menjelma...
Hanya sedekah Al-Fatihah orangg berikan...
Abah , sampai kat sini jelaa coretan orangg..
Akhir kata untuk abah...
ILOVEANDMISSYOUSOMUCH !
Dan jutaan terima kasih sayangg dari kecil sampai ke besar...
Sampai ahkir hayat ini jasa abah tak akan mampu orangg balas..
Read More

Janji Melayu

Assalamualaikum



Selamat malam kepada semua blogger..  Semenjak dua ni hujan sering saja turun. Alhamdulillah sesungguhnya hujan tu salah satu rahmat dari Allah kan?? Ok berbalik kepada tajuk... Hyriel selalu dengar orang-II akan kata "janji melayu selalu tak ditepati" "Melayu mudah lupa" melayu tu melayu ni.. Hallo Hyriel sebagai salah seorang kaum melayu kadang-II tak boleh terima lah bila ramai yang cakap macam tuwh.. Sebenar nya disebabkan segelintir orang yang berbangsa melayu lah yang tak suka menepati janji telah merosakkan kepercayaan terhadap orang melayu. 

Ok bekas Perdana Menteri kita ada cakap " Melayu Mudah Lupa ". kebanyakkan kaum dalam Malaysia ni, cina merupakan kaum yang majoritinya lebih maju dalam bidang ekonomi.. Ada juga orang melayu yang berjaya, tapi tu lah apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir dimana  Melayu Muda Lupa. Bila hidup senang sikit mulalah timbulnya sikap riak, bongkak dan sewaktu dengan nya. Kalau sikap ni masih berterusan,, kaum china dan yang lain akan terus bertahta menjadi kaum yang termaju dalam negara kita ni..

Ok berbalik pada topik janji melayu. Let say, ada sepasang pasangan ni yang hendak menjalankan majlis pernikahannya.. Belah lelaki telah berjanji akan sampai bersama rombongannya pada jam 02:00 ptg. Seandainya belah lelaki lambat sampai pada masa yang telah dijanjikan, mesti ada segelintir yang akan berkata " nie lah janji melayu, cakap tak serupa bikin". Ok, seandainya pihak lelaki datang awal sedikit daripada masa yang telah dijanjikan, eg jam 01:45 ptg. Confrm ada yang cakap " gelojoh betul belah lelaki tu,, awal sgt datang" Haiyoooo.. macam mana ni.. mana satu yang perlu diikut?? 

Hyriel betul-II tak faham dengan pemikiran orang melayu sekarang yang cukup handal menjadi penganalisis dalam isu-II semasa yang berlaku walaupun tiada bukti yang sahih.. Memang la hyriel pun tak cukup perfect nak cakap orang lain macam tu. But, atleast hyriel cepat perasan dengan keadaan ini supaya hyriel boleh cuba mengelak daripada berlaku keatas hyriel. Ingat,, please jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.. jagalah air muka bangsa Melayu dan jangan disebabkan kita Bangsa kita dipandang hina.
Read More

Cinta Bermatlamatkan Syurga

Assalamualaikum
Cinta. Berbicara tentangnya tak semudah berkata-kata. Kerana ini adalah rasa, bukan hanya kata-kata. Tetapi, tidakkah hati juga boleh berkata-kata tanpa suara? Yang hanya boleh didengari dan difahami oleh-Nya. Tak gitu? ^^
Remaja dan perasaan cinta memang sudah sebati pada zaman moden ini. Budaya ber’couple’ juga sudah semakin menjalar di kalangan kita. Maklumlah, bangga ada orang sayang kita, ada orang ambil berat pasal kita, ada orang call selalu, ada orang sms selalu dan macam-macam lagi strategi yang dikatakan angau ber’cinta’ ini.
Lumrahnya, pusat-pusat Bandar yang selalu menjadi tempat untuk meluangkan masa bersama pasangan. Dah biasa dah. Asyik-asyik Jaya Jusco,Tesco, Giant, Centre Point, Kompleks PKNS dan yang sewaktu dengannya. Yang upgrade lagi dekat Mid Valley, Sunway Piramid, Sunway Lagoon.
Cubalah try dekat masjid atau surau untuk dengar tazkirah dan ceramah agama. Boleh ajak keluarga sekali. Dua-dua belah keluarga boleh pergi. Libatkan keluarga lebih-lebih lagi ibu bapa dalam setiap pertemuan agar tidak timbul fitnah dan gangguan syaitan. Barulah ‘gentleman’, tak gitu? =.=
Couple = Cinta?? No!
Sebab apa?? Sebab…
Cinta itu fitrahnya suci bersih tanpa noda dan dosa..
Cinta itu sifatnya mulia dan tinggi..
Cinta itu matlamatnya ingin ke Syurga, bukan ke Neraka..
Pasangan yang ber’couple’ hari ini menganggap ber’cinta’ mereka itu indah sebab :
-          Selalu berbalas sms dan call
-          Selalu ber’dating’ bersama
-          Selalu ke hulu ke hilir bersama
-          Selalu berpegangan tangan ke sana ke sini
-          Selalu mesra berdua bersama
Itu bukanlah sebenarnya cinta wahai sahabatku sayang. Perbuatan-perbuatan itu halal dan dianggap cinta seandai diri sudah selesai diijabkabulkan. Bergelar isteri. Bergelar suami.
Andai belum,itu adalah strategi syaitan untuk memperdayakan langkah kita menuju ke Neraka. Jangan sesekali ikut telunjuk ajaran pesong bisikan syaitan. Kelak, nanti syaitan itu yang akan ketawakan kita sebab masuk Neraka bersama mereka. Mahukah kita seperti itu?? Kata cinta!
Andai cinta, pasti kita ingin berkasih sayang di Syurga-Nya..
Andai sayang, pasti kita mahu berterusan hingga ke Jannah-Nya..
Tak gitu??
Jadi, ukurlah cinta kita. Apakah tingkah kita dalam ber’cinta’ menuju ke arah Neraka atau Syurga?
Benarkah kita cinta?
Atau hanya suka-suka?
Atau hanya hendak membuang masa?
Atau hanya hendak melayan nafsu durjana?
Atau hanya hendak membuktikan ke’laku’an kita?
Atau hanya hendak menayangkan keegoan kita?
Read More

Nilai Kasih Ibu

Assalamualaikum

Kisah ini adalah mengenai Nilai Kasih Ibu.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Kos upah membantu ibu :

Tolong pergi ke kedai – RM4.00

Tolong jaga adik – RM4.00

Tolong buang sampah – RM1.00

Tolong kemas bilik – RM2.00

Tolong siram bunga – RM3.00

Tolong sapu sampah – RM3.00

Jumlah – RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu – PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata “Saya Sayangkan Ibu”.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang ditulisnya.
Read More

Jodoh Manusia Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum


Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum
sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk
ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada
org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun
rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau
sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar. 

Wanita baik untuk lelaki
yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar
lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd
menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman 
kemudian nanti. 

Memang kita mudah ter silap
mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia
kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang
kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. 

Kita selalu melihat org
memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita
ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil 
pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli
dengan harga biasa, dia
terpaksa membayar berlipat ganda. 

Ketika anda terperangkap
dalam kesesakan jalan raya, motosikal 
mencelah-celah hingga mampu
berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku
hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke
tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang
memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan. 

Bahagianya mungkin ada tapi
deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran
yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya
semakin tidak terurus. 

Ramai orang menempah neraka
sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah
dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila
anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka? 



Berapa ramaikah yang
menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian
membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa
sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. 
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. 
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu
kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan
nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan
pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan
iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan 
insan kepada kesempurnaan
insan, bagi yang mengetahui rahsia2nya. 

Berkahwinlah anda demi Tuhan
dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut
kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang
menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu
mudah sampai dan tidak terhalang. " 



Seorang teman pernah berpesan.. 
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. 

Dia datangkan petir dan kilat.. 
kita menangis dan tertanya-tanya, 
kemana hilangnya sinar.. 
Rupa2nya.. Allah nak
hadiahkan kita pelangi.." " 

`Cinta yang disemadikan
tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk
kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar
haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi
iman terselit didada...

P.S :- Ramai yang ingin
berkahwin, tetapi ramai yang tidak tahu
menghargai sebuah perkahwinan..


Read More
 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena