Soalan
berapakah gaji yang anda mahu ini kadangkala dijadikan "soalan trik"
ketika temuduga. Ini kerana kadangkala bakal majikan ingin menguji sejauh
manakah anda menilai kebolehan diri anda.
Namun begitu, soalan ini perlulah ditangani secara berhati-hati kerana anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mementingkan keperluan materialistik tetapi pada masa harus mempertahankan 'market value' calon temuduga.
Berikut adalah cara menangani soalan "Berapakah Gaji yang Anda Mahu?":

1.
"Saya lebih selesa
sekiranya pihak Tuan sendiri memberikan saya julat gaji untuk jawatan ini"
2.
"Pendapatan kasar
semasa saya bekerja di syarikat terdahulu adalah RM3,500. Bolehkah tuan berikan
julat gaji untuk jawatan ini?"
3.
"Saya rasa agak
terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk
membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skillset saya terlebih dahulu
sebelum kita ke peringkat seterusnya."
Elakkan dari terus bertanya berkenaan soal gaji dan bonus diawal proses temuduga. Sebaliknya tunggu sehingga penemuduga menerangkan kepada anda atau bertanyakan berkenaan gaji yang besesuaian untuk anda.
0 Sang Pencerita:
Post a Comment