Assalamualaikum
Selamat petang kepada semua blogger dan pembaca diluar sana. Waktu-waktu yang free macam ni lah hyriel nak update entry yang berkaitan kehidupan yang sering berlaku di luar sana. Bukan hyriel nak cakap kehidupan hyril sempurna, tapi kita manusia biasa yang tak dapat lari dari buat kesilapan dan tiada satu pun manusia dalam dunia ni yang sempurna.
Manusia yang lemah adalah manusia yang takut untuk berhadapan dengan masa depan. Biasanya mereka akan memikirkan bahawa mereka adalah yang terlemah dan tiada manusia yang lemah selain mereka. Bangkitlah, cuba untuk berusaha dan hanya kita saja yang mampu mengubah nasib kita, sesungguhnya usaha adalah tangga kejayaa. Bukan ke Allah ada mengatakan jika kita tidak mengubah diri kita sendiri, maka tiada orang lain yang mampu mengubahnya. Walau sebesar mana pun kesalahan yang telah kita lalui, sebesar mana pun kesilapan kita yang pernah kita lakukan, insyaa Allah, Allah sentiasa ada dengan kita jika mampu untuk berusaha untuk terus dan terus berubah. Jangan kita hiraukan pandangan masyarakat sekeliling terhadap diri kita yang hina ini, malah kita perlu hiraukan pandangan Allah terhadap diri kita. Walau kita dipulau seteruk manapun, ingat Allah sentiasa ada bersama kita. Terdapat satu falsafah ada mengatakan, jika kita berkawan dengan dengan si penjualminyak wangi, nescaya tempias wangi akan terkena pada kita dan jika kita berkawan dengan tukang besi, nescaya bau tengik yang akan kita perolehi. Hyriel betul-betul tidak menyetujui falsafah tersebut. Bukan hyriel nak katakan falsafah tersebut salah, tetapi jika seseorang menganggap kita adalah si tukang besi dan mereka cuba untuk menjauhkan diri dari kita agar tempias bau tengik tidak terkena padanya, adakah mereka seperti si penjual minyak wangi? Jika benar mereka seperti si penjual minyak wangi, perlukah mereka takut untuk dekat dengan kita yang seperti si tukang besi yang berbau tengik? Setiap manusia adalah sama, yang membezakannya adalah amalannya sahaja. Jangan khuatir dengan kesalahan masa lalu kita yang mampu merosakkan masa depan kita, kerana itu semua dunia belaka. Sesungguhnya pintu taubat Allah S.W.T sentiasa terbuka untuk ummatnya yang benar-benar mahu berubah. Masih ada yang tidak tahu bagaimana mahu berubah? Setiap kehidupan yang kita lalui mempunyai pelbagai pilihan dan kitalah yang perlu memilihnya. Jadi, pilihlah dengan sebaiknya dan jika kita was-was dengan pemilihan kita, mohonlah bantuan dari yang Maha Esa.
Ingat tak masa kita kecil-kecil dulu, kita sering menggunakan sebatang pensil yang mempunyai pemadam kecil dibelakangnya. Jika kita melakukan kesalahan dalam menulis, dengan mudah kita memadamkannya kerana pemadam tersebut sentiasa berada bersama pensil tersebut. Tetapi sekarang apabila sudah dewasa kita tidak lagi menggunakan pensil tersebut, malah kita sekarang hanya menggunakan pen yang berdakwat kekal dan apabila kita melakukan kesalahan agak sukar untuk kita memadamnya. Begitu juga dengan kehidupan masa kita kecil, setiap kesalahan yang kita lakukan hanya dipandang kecil dan mudah untuk dilupakan, tetapi apabila kita sudah meningkat dewasa, kesalahan yang kita lakukan agak sukar untuk kita padamkan. Walaubagaimananpun tak mustahil untuk kita padamkan. Dalam kehidupan dewasa kita hanya Allah sahaja yang layak menentukan sama ada kesalahan yang kita lakukan boleh dimaafkan atau pun tidak. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun. Dengan masyarakat sekarang ni yang hanya melihat kesalahan sahaja mampu menjatuhkan kita. Biasalah setiap manusia memang tak lari dari melakukan kesalahan. Berpuluh kali sekali pun kita melakukan kebaikan tetapi sekali kesalahan juga lah yang akan terpahat di dalam ingatan masyarakat. Bukan balasan yang hyriel nak mention disini, tetapi sebagai manusia biasa yang mempunyai keinginan untuk menjadi perhatian kearah positif adalah tinggi. Maka lakukan lah kebaikan berterusan kerana dengan kebaikkan yang berterusan tidak mendatang kan sedikit pun kerugian, insyaa Allah ganjaran dari Yang Maha Esa akan diperolehi. Manusia ni jadi baik bukan semata-ata takut pada tuhan, tetapi mereka mengharapkan agar mendapat balasan daripada tuhan dengan kebaikan yang mereka lakukan. Takut bukan segala-galanya. Tapi bukan bermakna kita tak perlu takut pada Allah. Dalam agama ada menegaskan bahawa setiap manusia pasti ada peluang nya masing-masing untuk berubah. Jika agama gagal menawarkan harapan, maka itu bukan dari tuhan. Sesungguhnya Allah tu maha penyayang dan maha pengampun. Hope and fear is like a pair of wing, you need both to fly. Bangkit dan jangan jatuh !
1 Sang Pencerita:
nice..its give me inspiration to change myself..tq
Post a Comment