Assalamualaikum
: : Latest Story by Putera Hyriel : :
Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu
Jodoh Manusia Ketentuan Ilahi (RePost)
Satu Demi Satu
Assalamualaikum
Selamat sejahtera, salam satu Malaysia, dan salam Aspirasi Za'ba. Dalam beberapa hari ni, line internet dekat UPSi ni slow sangat menyebabkan hyriel hampir kene barah otak. So, hyriel tak dapatlah menjengah, menebing, bersidai, terjuntai dekat blog ni buat seketika, but now dah okay dah semuanya(alhamdulillah). Setelah hyriel harungi macam-macam keadaan disini, tak sadar dah hampir sebulan hyriel berjauhan dengan keluarga dengan jayanya.
Dah beberapa hari dan hampir sebulan hyriel cuba menyesuaikan diri, Alhamdulillah dapat hyriel menyesuaikan diri dan sekarang hyriel jumpa pelbagai ragam manusia sama ada positif mahu pun negatif. Ciptaan tuhan adalah indah-indah belaka. Kalau ciptaan nya lemah pada sesuatu pasti ada yang lebih pada sesuatu. (pening kepala baca ayat ni) . Alhamdulillah juga hyriel diterima untuk menjadi rakan exco untuk Penerbitan dan Informasi (PDI) thanks to Kak nina abd Bro Karim sudi terima hyriel yang pending ni. Setelah diterima hyriel terus diuji dengan membuat satu bunting. Alamak! macam mana ni? First time buat bunting ni. Nasib baik ada kawan yang tahu sikit-sikit. Dengan kuasa tuhan siaplah bunting yang hyriel buat dan tak seberapa ni.
Biasanya orang lain buat bunting relax je kan? Tapi hyriel lintang pukang, haruk pikok konon nya nak buat bersungguh-sungguh la konon. Ni jek hasil nye??? (boleh la buat geli-geli) Apa komen anda dengan bunting yang hyriel buat tu? Gambar tu saja hyriel letak, sebab gamba tu ada satu saka yang menambahkan semangat untuk terus kuat (fuuuhhhhhh ayat~) hahaha. Actually dah takda idea nak letak gamba mana, dengan internet yang slow, so gambar tu lah jadi bidan terjut. That's why la bunting yang atas dengan yang bawah lebih kurang jek. Cuma beza gambar bawah tu ada gamba saka yang kuat dan gangster hahaha(sorry kak Deel).
Baru sahaja tadi hyriel mencuba nasib dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Tak tahu la nak komen macam mana, sebab hyriel pun budak baru belajar dan tak tahu apa-apa lagi. Macam yang hyriel cakap tadi, hyriel dah jumpa macam-macam orang yang ada dalam universiti ni. Sebentar tadi hyriel dah tengok mereka-mereka berteater. Pergh!!! gempak habis, semua bersunguh-sungguh. Ada yang jadi maknyah (kalau betul laku kau dik), ada yang nangis putus tunang, ada yang menangis kematian orang tua nya. Semua lakonkan mereka berjalan dengan jayanya. Mereka semuanya memang superb. Kadang-kadang hyriel cemburu juga, tapi setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa pun hyriel dah buat apa yang patut, rezeki semua di tangan tuhan.
Kata-kata terakhir dari hyriel, harap semua kawan-kawan seperjuangan dapat meneruskan perjuangan walau kita jatuh tersungkur sekali pun. Hyriel betul-betul suka dengan Falsafah ni, " biar lah jatuh tersungkur sekali pun dan jangan terus mengalah kerana dengan menegecapi kejayaan selepas jatuh adalah lebih manis nikmatnya. Menangislah sepuasnya jika dengan menangis mampu menguatkan kita(kredit to Kak Fatin Fadwana Mhd Safingi ). Jika kita tak merasakan kepahitan nya kegagalan, sebenarnya kita tak dapat menikmati manis nya kejayaan. Hidup lah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya. Kehidupan adalah sesuatu yang tak dijangka, jadi berpijaklah dibumi yang nyata dan membumbungkan langit yang tujuh. Walau apa jua kata satu dunia tentang harus matinya kamu, walau bagaimana meyakinkan, JANGAN JATUH(kredit to Kak Deel Hashim).
Assalamualaikum
Alhamdulillah Aku Diselamatkan
Assalammualaikum
![]() |
| Saya Sudah Diselamatkan!! |
Selamat petang kepada semua blogger yang sudi membaca luahan hati hyriel yang kadang-kadang menjadi penyebab masalah-masalah kemurungan. Alhamdulillah segala halangan yang begitu getir telah hyriel lalui dan segalanya sudah selesai. Terima kasih hyriel nak ucap kan kepada ahli-ahli MMKZ yang sudi memilih hyriel untuk berkhidmat dalam MMKZ dan merangkap untuk menjadi penghuni tetap di dalam kolej ni walaupun hyriel sendiri tak tahu lokasi hyriel di mana, sama ada di rakan exco PDI atau rakan fasilitator. Tak kisah lah, janji tuhan dah tunjukkan jalan kepada hyriel untuk terus memajukan diri dan menjadi yang lebih baik. Terima kasih kepada Kak Deel, Kak Wana, Kak Fifi, Kak Asma, Kak Atiey, Kak Dieba, Kak Ezza, Kak Nina, Kak Mazi, Kak Syamilah, Kak Dayah, Kak Yati, Kak Najeeba, Abang Muiz, Abang Nizam, Abang Zhafran, Abang Fadhil, Abang Azhar, Abang LAn, Abang Reza, Abang Din, Abang Syukor, Abang Karim, Abang Harez, Adlee dan semua maybe hyriel tak mention (sorry) kerana berhempas pulas, sanggup tak tidur, sanggup mengorbankan masa semata-mata menyelesaikan konfli yang getir ni dan menyelamatkan hyriel dari dihumban ke Kolej lain. (Khop khun krap)
Hanya tuhan saja yang tahu hati dan perasaan hyriel bila mendapat tahu hyriel boleh kekal di dalam keluarga ini. Walaubagaimanapun hyriel juga berdukacita atas permindahan kawan-kawan yang lain walaupun dengan paksa rela. Ingat, Allah adalah perancang yang terbaik untuk hambanya, maka tabahlah dan bersedia dengan kehidupan baru (cehh,, kalau aku yang kene humban ke kolej lain tak taw la mcm mane). Insyaa Allah hyriel akan bersedia dan berusaha semaksima mungkin untuk menunjukkan komitmen yang tinggi dalam organisasi ni. Cuma satu permintaan hyriel dari ahli-ahli MMKZ agar dapat memberikan tunjuk ajar kerana hyriel ni jenis seorang yang pending sikit. Kesabaran akak-akak dan abg-abang amat lah diperlukan untuk mendidik hyriel agar menjadi seorang yang flexible. Terima kasih yang tak terhingga kepada abang Muiz kerana berusaha untuk meyakinkan hyriel untuk membuat yang terbaik dalam temuduga untuk menjadi rakan exco dan fasilitator. Jasa anda tidak akan hyriel lupakan.
Hyriel nak tujukan lagu ni untuk rakan-rakan seperjuangan yang terpaksa berpindah bukan kerana mereka lemah, tetapi tuhan ada jalan lain untuk mereka berjaya. Terimalah
Aku sadar bukan mudahUntuk mengejar mimpi indahPernah suatu ketika duluKu punya harapan besarKini aku tak pastiDapatkan ku milikiSudah jauh kita tempuhKekalkanlah impian laluMungkin ada hikmatYang akan menungguDi penghujung jalanBiar nanti kecewaSetidak-tidaknya mencubaJika halangan menduga perjalanan kitaJanganlah kau putus asaKarena ku ada di sisi setia menemaniAndai semangatmu gugurGenggamlah tangankuKita hampir ke situAdakala ku terasaKetabahan tak setegarTetapi apakan dayaBerhenti separuh jalanPercayalah padakuAku yakin kita mampuBiar orang katakanRapuhnya harapanBukan mereka tentukan lagiKau ada aku dan aku punya kamuApa jua akhirnya tetap bersamaOh
Lovarian -Perpisahan termanis (Chorus)
Jadikan ini perpisahan yang termanisyang indah dalam hidup mu, sepanjang waktuSemoga berakhir, tanpa dendam dalam hatimaafkan semua salahkuyang mungkin menyakiti mu
Ku Serahkan
ku serahkan segala ketentuan.. biarlah masa yang berbicara.. dipangku wajah nan layu.. dan aku telah jemu.. Aku tidak mahu berpaling.. Pada yang mengganggu dan menggugat.. Sapanya meletihkan diri.. Hadirnya mengundang penat.. Akan ku serah cinta ini.. Bukan lagi pada manusia.. Kerana cinta martabat itu.. Bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan
Selamatkan Saya
Assalammualaikum
Selamat pagi semua. Bersungguh hyriel malam ni untuk menulis entry kali ini. Memandangkan hyriel telah menerima cubaan yang paling getir semenjak hyriel menjejakkan kaki di universiti ini. Straight to the point, Kenapa Hyriel perlu diselamat kan dari proses permindahan tu???
Seperti yang kalian tahu, hyriel seorang yang tak mudah untuk mesra dengan orang lain terutama orang baru. Dengan hyriel yang baru nak menjalani hidup yang bahagia, tiba-tiba hyrel dicampakkan ke tempat baru. Tak dapat hyriel bayangkan. Tapi tabiat hyriel adalah suka untuk memerhati, tak kira apa pun. Semenjak Abg Fadhil berucap buat kali pertama dan konon nya seorang yang berpenampilan yang tegas dan bengis, hyriel terus memerhati kerana hyriel tahu ada yang tak kena, kerana lakonan abg Fadhil tak mampu melawan pemerhatian yang hyriel buat. Hyriel terus memerhati sehingga macam-macam karenah akak-akak dan abang-abang fasi buat untuk menutup pernampilan sebenar abang Fadhil. Tetapi hyriel dapat juga nampak dan sikap sempoi, gila-gila yang mereka tunjukkan menyebabkan terlintasnya difikiran hyriel yang menyatakan "tuhan sayang dengan aku dan menentukan ini untuk aku","yes ini yang aku mahukan", "Alhamdulillah aku ditempatkan satu keluarga yang sempoi dan komited dalam melakukan sesuatu kerja". Hanya tuhan saja yang tahu benar atau tidak ini terlintas dalam fikiran hyriel. Hyriel terlalu yakin bahawa keluarga ini yang mampu menjaga dan melindungi serta mendidik hyriel. Kalau kuota percentage unlimited, hyriel dah letakkan unlimited% kepercayaan hyriel kepada MMKZ dalam membimbing hyriel. Tetapi boleh kah MMKZ meletakkan kepercayaan keatas hyriel atleast 70%? (Wallahhualam)
Pada awalnya hyriel adalah seorang yang tak mungkin seperti sekarang tapi demi untuk berjuang pertahankan hak hyriel, hyriel sanggup buat apa sahaja sehingga hyriel di suruh bersajak secara spontan (keluar mat-mat bunga aku). Hyriel terpaksa menahan malu demi untuk bertahan dengan harapan mendapat jawatan. Jadi promoter bidan terjun (nak promote handphone, tetiba promote susu..hahaha ). Selain itu, bukan nak membangga diri, tetapi dah ada dalam soalan kan. Hyriel pernah mewakili johor ke peringkat kebangsaan dalam Festival Sains dan Teknologi di Sarawak dan mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan saintis muda. Hyriel pernah mewakili Johor ke peringkat kebangsaan dalam Festival Nasyid dua tahun berturut-turut. Hyriel juga salah seorang ahli debat ala parlimen sekolah walaupun hyriel antara menteri-menteri yang belakang. Hyriel juga pernah sertai pertandingan Forum pelajar. Hyriel juga pernah sertai pertandingan Movie Maker 1 Malaysia yang melibat ribuan perseta dalam satu Malaysia dan video yang hyriel buat telah disenarai pendekkan tetapi tewas diatas unsur-unsur right copy yang hyriel buat. Hyriel juga pernah memenangi Johan dua tahun berturut-turut dalam acara rejam lembing semasa form6 dulu. Hyriel juga aktif dalam kegiatan permainan catur dan pernah wakil untuk ke peringkat negeri serta hyriel juga selalu menyertai pertandingan catur terbuka.
Bukan lagak yang hyriel nak tunjukkan, cuma hyriel ikut apa tokoh belia 2013 katakan, kalau kita tak gila kuasa, macam mana kita meningkat. Begitu juga apa yang abang Muis katakan, waktu sekarang ni lah kita nak tunjukkan semua kebolehan yang kita ada. Bila hyriel remind kembali terasa nak menitis air mata tetapi hyriel takut dengan menitiskan air mata, hyriel tak mampu untuk bangun semula, walaupun kak wana ada mengatakan " Kalau menangis mampu membuatkan kita kuat, teruskanlah menangis". Hyriel begitu berharap jodoh antara hyriel dengan MMKZ akan berkekalan sehingga hyriel berjaya posting nanti (Insyaa Allah). Semasa interview tadi, tiada apa yang berlegar dalam pemikiran hyriel, cuma satu iaitu berperang sehabis nya untuk pertahankan hak hyriel untuk terus tetap di dalam KZ ini. Insyaa Allah selagi nyawa dikandung badan, selagi kudrat masih mengizinkan hyriel akan tetap berusaha memberikan komitmen yang semaksima mungkin. to akak Wana, kak Deel, kak Fifi, abang Muiz, abang Syukor, abg Nizam dan Adlee(thanx kawan) yang tak jemu menjawab setiap pertanyaan yang hyriel selalu hujarkan. Andai kata telah tertulis KZ bukan jodoh hyriel, hyriel harap hyriel akan dapat layanan yang sama seperti abang-abang dan kakak-kakak di MMKZ melayani hyriel. Setiap yang terjadi pasti ada khidmahnya. Hyriel tak pernah lupa bahawa Allah adalah perancang strategi yang paling hebat dan Allah tak pernah mahu melihat hambanya susah. Assalamualaikum.
Dah susun ayat gaye ni dah tadi... bilee naik pentas hilang semua .. heheh
Subscribe to:
Posts (Atom)
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "





