Assalammualaikum
Selamat pagi semua. Bersungguh hyriel malam ni untuk menulis entry kali ini. Memandangkan hyriel telah menerima cubaan yang paling getir semenjak hyriel menjejakkan kaki di universiti ini. Straight to the point, Kenapa Hyriel perlu diselamat kan dari proses permindahan tu???
Seperti yang kalian tahu, hyriel seorang yang tak mudah untuk mesra dengan orang lain terutama orang baru. Dengan hyriel yang baru nak menjalani hidup yang bahagia, tiba-tiba hyrel dicampakkan ke tempat baru. Tak dapat hyriel bayangkan. Tapi tabiat hyriel adalah suka untuk memerhati, tak kira apa pun. Semenjak Abg Fadhil berucap buat kali pertama dan konon nya seorang yang berpenampilan yang tegas dan bengis, hyriel terus memerhati kerana hyriel tahu ada yang tak kena, kerana lakonan abg Fadhil tak mampu melawan pemerhatian yang hyriel buat. Hyriel terus memerhati sehingga macam-macam karenah akak-akak dan abang-abang fasi buat untuk menutup pernampilan sebenar abang Fadhil. Tetapi hyriel dapat juga nampak dan sikap sempoi, gila-gila yang mereka tunjukkan menyebabkan terlintasnya difikiran hyriel yang menyatakan "tuhan sayang dengan aku dan menentukan ini untuk aku","yes ini yang aku mahukan", "Alhamdulillah aku ditempatkan satu keluarga yang sempoi dan komited dalam melakukan sesuatu kerja". Hanya tuhan saja yang tahu benar atau tidak ini terlintas dalam fikiran hyriel. Hyriel terlalu yakin bahawa keluarga ini yang mampu menjaga dan melindungi serta mendidik hyriel. Kalau kuota percentage unlimited, hyriel dah letakkan unlimited% kepercayaan hyriel kepada MMKZ dalam membimbing hyriel. Tetapi boleh kah MMKZ meletakkan kepercayaan keatas hyriel atleast 70%? (Wallahhualam)
Pada awalnya hyriel adalah seorang yang tak mungkin seperti sekarang tapi demi untuk berjuang pertahankan hak hyriel, hyriel sanggup buat apa sahaja sehingga hyriel di suruh bersajak secara spontan (keluar mat-mat bunga aku). Hyriel terpaksa menahan malu demi untuk bertahan dengan harapan mendapat jawatan. Jadi promoter bidan terjun (nak promote handphone, tetiba promote susu..hahaha ). Selain itu, bukan nak membangga diri, tetapi dah ada dalam soalan kan. Hyriel pernah mewakili johor ke peringkat kebangsaan dalam Festival Sains dan Teknologi di Sarawak dan mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan saintis muda. Hyriel pernah mewakili Johor ke peringkat kebangsaan dalam Festival Nasyid dua tahun berturut-turut. Hyriel juga salah seorang ahli debat ala parlimen sekolah walaupun hyriel antara menteri-menteri yang belakang. Hyriel juga pernah sertai pertandingan Forum pelajar. Hyriel juga pernah sertai pertandingan Movie Maker 1 Malaysia yang melibat ribuan perseta dalam satu Malaysia dan video yang hyriel buat telah disenarai pendekkan tetapi tewas diatas unsur-unsur right copy yang hyriel buat. Hyriel juga pernah memenangi Johan dua tahun berturut-turut dalam acara rejam lembing semasa form6 dulu. Hyriel juga aktif dalam kegiatan permainan catur dan pernah wakil untuk ke peringkat negeri serta hyriel juga selalu menyertai pertandingan catur terbuka.
Bukan lagak yang hyriel nak tunjukkan, cuma hyriel ikut apa tokoh belia 2013 katakan, kalau kita tak gila kuasa, macam mana kita meningkat. Begitu juga apa yang abang Muis katakan, waktu sekarang ni lah kita nak tunjukkan semua kebolehan yang kita ada. Bila hyriel remind kembali terasa nak menitis air mata tetapi hyriel takut dengan menitiskan air mata, hyriel tak mampu untuk bangun semula, walaupun kak wana ada mengatakan " Kalau menangis mampu membuatkan kita kuat, teruskanlah menangis". Hyriel begitu berharap jodoh antara hyriel dengan MMKZ akan berkekalan sehingga hyriel berjaya posting nanti (Insyaa Allah). Semasa interview tadi, tiada apa yang berlegar dalam pemikiran hyriel, cuma satu iaitu berperang sehabis nya untuk pertahankan hak hyriel untuk terus tetap di dalam KZ ini. Insyaa Allah selagi nyawa dikandung badan, selagi kudrat masih mengizinkan hyriel akan tetap berusaha memberikan komitmen yang semaksima mungkin. to akak Wana, kak Deel, kak Fifi, abang Muiz, abang Syukor, abg Nizam dan Adlee(thanx kawan) yang tak jemu menjawab setiap pertanyaan yang hyriel selalu hujarkan. Andai kata telah tertulis KZ bukan jodoh hyriel, hyriel harap hyriel akan dapat layanan yang sama seperti abang-abang dan kakak-kakak di MMKZ melayani hyriel. Setiap yang terjadi pasti ada khidmahnya. Hyriel tak pernah lupa bahawa Allah adalah perancang strategi yang paling hebat dan Allah tak pernah mahu melihat hambanya susah. Assalamualaikum.
Dah susun ayat gaye ni dah tadi... bilee naik pentas hilang semua .. heheh
2 Sang Pencerita:
Allah will always be with you dik :) selagi diizinkanNya, kami akan ada utk tlong hyriel. Awak sgt berbakat, sangat berpotensi dan akak percaya, walau susah mane pun, walau di mana pun, awak mampu menjadi insan yg hebat
Terima kasih kak... saya harap saya dapat diselamatkan :(
Post a Comment