: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Ku Serahkan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM




Sekadar meluahkan apa yang ada di dalam fikiran dan perasaan ini. Entah mengapa bangun dari tidur hari ini aku merasakan bahawa seakan aku tidak sanggup lagi untuk membukakan mata . Terasa berat sekali. Merasakan begitu penat dan letih mengikut liang lentok duniawi . Meredah onak dan duri . Melawan arus ombak pantai duniawi yg mengganas. Sungguh panjang perjalanan ini. Telah jauh aku berjalan. Telah banyak yang ku temui. Semakin hari semakin aku tidak pasti apakah rencanaNYA. Aku masih mencari-cari jawapan. Semakin hari semakin sukar untuk diterjemahkan. Apakah sebenarnya ya Allah?? Jangan KAU uji sesuatu yang diluar kemampuanku. Tabahkan & kuatkanlah hati ini. Jangan biarkan ku bersendirian..

Kebahagiaan bukanlah milik kita. Segalanya adalah milikNYA, begitu juga dengan hati. Jalan mujahadah itu tidak semudah ringan bibir berbicara. Mengatakan "TIDAK" pada suatu yang sememangnya ada didalam hati bisa sahaja menjadikan diri ini hilang separuh pertimbangan. Berbekalkan iman yang senipis kulit bawang ini aku cuba melakar sebuah ketabahan. Kerna ku tahu segala ketentuan dan rencanaNYA bukan suatu yang sia-sia. Ada hikmah yang tersembunyi. Kuatkan ku ya Allah.. 

Aku cuba menjadikan situasi ini suatu yang positif. Aku yakin Allah sayangkan aku . Allah tidak ingin lepaskan aku sendirian di saat aku masih hanya mampu bertatih dijalan yang berliku-liku ini. Mungkin telah tiba saatnya untuk aku bangkit dari lena yang panjang. Membina kematangan melalui pengalaman perjalanan ini. Hati ini bukan milikku ya Allah. Ku serahkan segalanya kepadaMU. Ambillah hati ini. Sungguh aku tidak lagi mampu untuk menjaganya. Jika hatiku ini tiada nilainya lagi disisiMU. Maka gantikanlah hati yang lain buatku.

ku serahkan segala ketentuan..
biarlah masa yang berbicara..
dipangku wajah nan layu..
dan aku telah jemu..

Aku tidak mahu berpaling..
Pada yang mengganggu dan menggugat..
Sapanya meletihkan diri..
Hadirnya mengundang penat..

Akan ku serah cinta ini..
Bukan lagi pada manusia..
Kerana cinta martabat itu..
Bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan

Ku Serahkan pada MU ya Allah...

Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

0 Sang Pencerita:

 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena