Assalamualaikum
Selamat sejahtera, salam satu Malaysia, dan salam Aspirasi Za'ba. Dalam beberapa hari ni, line internet dekat UPSi ni slow sangat menyebabkan hyriel hampir kene barah otak. So, hyriel tak dapatlah menjengah, menebing, bersidai, terjuntai dekat blog ni buat seketika, but now dah okay dah semuanya(alhamdulillah). Setelah hyriel harungi macam-macam keadaan disini, tak sadar dah hampir sebulan hyriel berjauhan dengan keluarga dengan jayanya.
Dah beberapa hari dan hampir sebulan hyriel cuba menyesuaikan diri, Alhamdulillah dapat hyriel menyesuaikan diri dan sekarang hyriel jumpa pelbagai ragam manusia sama ada positif mahu pun negatif. Ciptaan tuhan adalah indah-indah belaka. Kalau ciptaan nya lemah pada sesuatu pasti ada yang lebih pada sesuatu. (pening kepala baca ayat ni) . Alhamdulillah juga hyriel diterima untuk menjadi rakan exco untuk Penerbitan dan Informasi (PDI) thanks to Kak nina abd Bro Karim sudi terima hyriel yang pending ni. Setelah diterima hyriel terus diuji dengan membuat satu bunting. Alamak! macam mana ni? First time buat bunting ni. Nasib baik ada kawan yang tahu sikit-sikit. Dengan kuasa tuhan siaplah bunting yang hyriel buat dan tak seberapa ni.
Biasanya orang lain buat bunting relax je kan? Tapi hyriel lintang pukang, haruk pikok konon nya nak buat bersungguh-sungguh la konon. Ni jek hasil nye??? (boleh la buat geli-geli) Apa komen anda dengan bunting yang hyriel buat tu? Gambar tu saja hyriel letak, sebab gamba tu ada satu saka yang menambahkan semangat untuk terus kuat (fuuuhhhhhh ayat~) hahaha. Actually dah takda idea nak letak gamba mana, dengan internet yang slow, so gambar tu lah jadi bidan terjut. That's why la bunting yang atas dengan yang bawah lebih kurang jek. Cuma beza gambar bawah tu ada gamba saka yang kuat dan gangster hahaha(sorry kak Deel).
Baru sahaja tadi hyriel mencuba nasib dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Tak tahu la nak komen macam mana, sebab hyriel pun budak baru belajar dan tak tahu apa-apa lagi. Macam yang hyriel cakap tadi, hyriel dah jumpa macam-macam orang yang ada dalam universiti ni. Sebentar tadi hyriel dah tengok mereka-mereka berteater. Pergh!!! gempak habis, semua bersunguh-sungguh. Ada yang jadi maknyah (kalau betul laku kau dik), ada yang nangis putus tunang, ada yang menangis kematian orang tua nya. Semua lakonkan mereka berjalan dengan jayanya. Mereka semuanya memang superb. Kadang-kadang hyriel cemburu juga, tapi setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa pun hyriel dah buat apa yang patut, rezeki semua di tangan tuhan.
Kata-kata terakhir dari hyriel, harap semua kawan-kawan seperjuangan dapat meneruskan perjuangan walau kita jatuh tersungkur sekali pun. Hyriel betul-betul suka dengan Falsafah ni, " biar lah jatuh tersungkur sekali pun dan jangan terus mengalah kerana dengan menegecapi kejayaan selepas jatuh adalah lebih manis nikmatnya. Menangislah sepuasnya jika dengan menangis mampu menguatkan kita(kredit to Kak Fatin Fadwana Mhd Safingi ). Jika kita tak merasakan kepahitan nya kegagalan, sebenarnya kita tak dapat menikmati manis nya kejayaan. Hidup lah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya. Kehidupan adalah sesuatu yang tak dijangka, jadi berpijaklah dibumi yang nyata dan membumbungkan langit yang tujuh. Walau apa jua kata satu dunia tentang harus matinya kamu, walau bagaimana meyakinkan, JANGAN JATUH(kredit to Kak Deel Hashim).
Assalamualaikum
2 Sang Pencerita:
Nice work adik :) Lepas ni lebih pro lagi sbgai pewaris kami esp PDI . Wahhh, kemain highlight name akak ye >.< sindir ke tu? btw, thanks a lot ! Teruskan bergerak ke hadapan biarpun kecil langkahnya daripada kaku di tempat berdiri . Proud of you
@meiswanahahaha,, terima kasih :) insyaa Allah dengan izin tuhan sayee akn teruss berdiri :)
Post a Comment