: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Tanggal 10 November 2011

Assalamualaikum


     Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog yang usang setelah ditinggalkan sejak sekian lama lagi. Hyriel sebuk dengan assignment, cuti, spend masa bersama keluarga, sahabat sehingga masa untuk diri sendiri pun tidak mencukupi. Demi melihat orang lain yang digelar Ibu dan Sahabat tersenyum, hyriel tak kisah dengan semua tu. 

     Tanggal 11 November adalah tarikh dimana ketika itu Hyriel sedang melaksanakan tanggungjawab hyriel kepada negara dengan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara. Apabila tanggal 11 November 2011 menjelang, hyriel melakukan aktiviti seperti biasa. Ingat malam sebelum tarikh keramat tu, mata hyriel ibarat disimbah dengan air, tak tahu kenapa tapi hati sebak sebab teringatkan kampung. Ya! hyriel memang tak pernah tinggalkan kampung dan keluarga. Pagi itu, hyriel teruskan juga melangkah untuk menyelesaikan aktiviti pagi tu. Aktiviti yang sebenarnya hyriel nanti kan iaitu aktiviti flying fox. 

     Semasa sedang khusyuk mendengar taklimat, tiba-tiba nama hyriel dipanggil oleh pegawai atasan untuk berjumpa dengan nya di pejabat. Tiada sedikit pun terlintas dihati yang menandakan hyriel bakal menerima berita yang sungguh mendukacitakan. Hyriel dengan selamba melambai kawan-kawan dan menyatakan yang hyriel ada meeting dengan orang atasan dengan gurauan biasa seperti tiada apa-apa. Hyriel melangkah perlahan-lahan menuruni bukit kecil untuk keluar dari kawasan aktiviti yang kami sedang jalankan. Setibanya di pejabat, Ketua Kem dengan muka yang sedih, dengan mata yang merah sudah menunggu hyriel di pintu pejabat. Sesampai sahaja hyriel di situ, beliau menyambut hyriel dan cuba untuk menengkan hyriel. Hyriel cuba untuk fahami apa yang tersirat dalam tangisan Ketua Kem tersebut. 

     Sumpah dalam hati hyriel cuma terlintas bahawa nenek hyriel telah meninggalkan hyriel. Kenapa hyriel kata begitu? Sebelum Abah dengan Mak hantar hyriel ke Kem PLKN tu, Arwah nenek hyriel takmampu untuk bangun, berkata-kata, dan tak mampu untuk berbuat apa-apa. Tetapi sangkaan hyriel tersasar jauh kerana Allah telah mengambil kembali Abah untuk kepangkuan nya. Hyriel terasa dunia ni macam ak kiamat. Tadi dengan fikiran yang kosong semasa menapak untuk ke pejabat. tetapi kini otak hyriel dibebani dengan pelbagai persoalan yang tiada jawapan. Pada Tanggal 11 November 2011 Allah telah memisahkan satu nyawa dengan jasadnya yang teramatt la penting bukan kepada hyriel sahaja, tapi juga kepada keluarga hyriel. Berlegar-legar persoalan yang bermain difikiran, "sape nak tanggung aku nanti? sape nak sare keluarge kami nanti? boleh ke mak dengan adik terima atas pemergian arwah abah? kenapa tuhan mesti mengambil abah aku? kenape mesti ketika aku berjauhan dengan abah? Kenapa terlalu singkat masa kau bersama abah? kenapa?! kenapa?! kenapa?! Air mata hyriel takberhenti mengalir ketika menunggu abang sulung hyriel datang untuk menjemput hyriel. Orang dikeliling sering menasihati dan memberi sokongan agar terus kuat. yang ada di kepala hnyalah wajah seorang lelaki yang sekian lama telah berpenat lelah, bersusah payah dalam memastikan kehidupan yang lebih bagus kepada keluarga, iaitu Abah. 

     Sesampai sahaja dirumah, hyriel lihat rumah dikerumuni ramai orang-orang kampung. Keluar sahaja dari kereta, hyriel terus menapak masuk dan melihat sekujur tubuh yang terbaring di tengah ruang tamu sambil akak dan abang membacakan Yassin. Hyriel tergamam, hyriel terus mendapatkan Emak, peluk emak, cium emak, sambil menangis sepuas hati. Hyriel tahu tak baik kalau kita menangisi arwah. tapi melihat emak yang masih mengawal tangisan nya, hyril tak mampu menahan. Hyriel gagah kan diri untuk bangun dan mendapatkan jasad arwah abah yang tiada nyawa itu. Hanya dengan pelukan kosong yang tiada balas sahaja yang mampu hyiriel lakukan. Terlintas lagi dalam fikiran hyriel, "bila lagi hyriel akan dapat berborak, bergurau dengan arwah abah??!" 

     Pemergian Arwah abah bukan la satu perkara yng mudah dilupakan. Abah selamat dikebumikan dengan lancar. Kali terakhir melihat wajah abah yang tersenyum ketika melambai selepas menghantar hyriel pulang ke Kem PLKN bermain-main dibenak fikiran. Bila lagi nak lihat Abah senyum kan?  Bila lagi nak makan sama-sama. Kalau diikutkan, tak mampu hyriel nak teruskan kehidupan tanpa tulang belakang yang sekukuh arwah abah. Selesai segalanya, Hyriel menjalani kehidupan tanpa seorang abah. Kesusahan emak nak menjaga kami, tanpa lagi bantuan abah. Abah hanya mampu melihat dari jauh. Yang paling sebak bila difikirkan, pada keesokan tarikh keramat ini, 11 november adalah haru ulang tahun adik yang ke 9 tahun. Tak dapat hyriel bayang kan kalau hyriel berada ditempat adik yang menyambut ulang tahun yang ke 9 tanpa abah. Kami adik beradik tetap menyambut ulang tahun adik agar dia tidak rasa terpinggir dan kehilangan. 
     
     Keperitan dan kepayahan kami lalui bersama. Pahit, tawar kami terpaksa telan juga bersama. Alhamdulillah pada tanggal 11 November 2013 ini, genap pemergian Arwah Abah selama 2 tahun. Kami dapat teruskan hidup, bersusah payah tanpa abah. Hyriel harap Abah sentisa dirahmati di sana. Tenanglah disana dan jangan memikirkan kami disini. Sekalung Al-fatihah sentiasa dari anakmu disini. Al-fatihah
Read More

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena