: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Karnival Usahawan Kolej Za'ba UPSI 2013

Assalamualaikum



Kemeriahan Pentas Utama KUKZ 2013

Selamat petang dan salam Aspirasi Za'ba. Hari ni hyriel nak kongsikan lah serba sedikit event yang hyriel bersama sahabat telah laksanakan iaitu Karnival Usahawan Kolej Za'ba 2013. Biasalah kalau dah kata nama karnival kan mesti lah pebagai gerai-gerai akan dibuka untuk menjual. Serius, kali ni first time la hyriel tengok dalam Universiti ada deretan gerai yang begitu panjang. Apabila kawan-kawan dari kolej lain mengagumi dengan deretan gerai yang panjang itu, hyriel cma cakap macam ni "Well,, tengoklah kolej siape?" hahaha. Btw segala nya sudah selesai. Selama 3 hari kami menjalan kan event ni dengan jayanya.

Hyriel merupakan sekretariat PDI dalam unit teknisyen dah buat yang terdaya walaupun hanya melihat saja. Untungnya hyriel, kami dapat pengurus dan penolong pengurus yang sporting sangat, so tak terasa beban la macam sekretariat yang lain. Hyriel nak ceritalah serba sedikit flow event kami ni. Pada hari pertama iaitu pada 29 November 2013 "Suka suki sukaneka" la kot nama dia. hyriel sendiri pun dah lupa. Penyertaan sebenarnya adalah terbuka, tetapi tiada penyertaan dari kolej lain atau pun orang luar. Hanya antara sekretariat saja yang serta dalam slot pertama ini. Walaubagai manapun segalanya berjalan dengan lancar. Di waktu petang adalah, pertandingan Fashion show berllansung. Terdapat penyertaan yang sangat memberansangkan kerana terdapat penyertaan dari kolej lain dan juga kolej Za'ba sendiri. Pemenang bagi Pertandingan Fashion show adalah pakaian yang serupa dengan sari yang diimport dari Delhi. "Rasanya lah"
Walau apa pun segalanya berjalan dengan lancar.

Mesti korang semua tak nampak kan apa kerja hyriel?? Memang pun, hari pertama memang sangat ringan kerja hyriel sebab segalanya dah dibuat oleh ketua unit teknisyen. Terima Kasih. Pada jam 5 petang kami semua bersiap dan melakukan persediaan untuk slot malam nanti iaitu  yang bertemakan Malam Cahaya Citra Cinta. Dan pihak kolej telah menjemput dua kumpulan nasyid *maybe iaitu Almawlid dan Al husna dengan pakaian ala islamik. Apabila Matahari melaburkan tirai, slot alam pun bermula. Slot kali ni memang sengaja kami menampilkan nilai-nilai keagamaan. Kumpulan Almawlid dan Alhusna membuat persembahan yang sangat awesome dan sangat menyentuh hati.

ni Salah satu persembahan yang sangat menyentuh hati hyriel

Dalam persembahan mereka sangat banyak nilai-nilai yang dipersembah kan. Serius mase hyriel sedang fokus dan kagun dengan persembahan mereka, air mata hyriel hampir menitis. Mungkin kejahilan hyriel, air mata tu tak mampu untuk terus keluar.

Pada keesokan Terapat slot simulasi perang yang dipersembahkan oleh unit Suksis dan Unit Sispa. Tak payah taw la apa maksud Suksis dengan Sispa tu. Lebih kurang polis la gitu. Awal pagi hyriel bangun lebih kurang 7.45 pagi la macam tu. Tapi jam 9.00 pagi baru mula. haha Apa pun segalanya berjalan dengan lancar cuma hyriel tak dapat nak rakan sebab hyriel kena rakan untuk unit PDI. takpa la maybe tak ada rezeki untuk korang. 

Di waktu tengah hari aktiviti Eureka diadakan. haaa ni yang hyriel semangat nak cerita. Dalm pertandingan ni, peserta akan disediakan beberapa barang terpakai seperti surat kabar, botol, straw dan beberapa barang lain. Peserta dikehendaki untuk mencipta sesuatu yang kreatif dengan menggunakan barang yang disediakan dan jika ingin membawa barang sendiri tidak menjadi satu kesalahan. Pada mula nya hyriel tak masuk pun, tapi ada seorang senior hyriel yang ajak hyriel untuk menyertai. Hyriel pun join lah game tersebut. Mungkin rezeki Allah, hyriel dapat tempat pertama dengan tajuk rekaan hyriel iaitu "Bantera Cinta" Dimana hyriel mencipta satu kapal kertas di dalam botol. Alaa yang biasa korang lihat kapal dalam botol tu. Haa macm tu la. Entah darimana idea tu datang pun hyriel tak pasti. Maybe idea tu datang masa hyriel pergi Eksplorasi kepulau Pangkor temph hari kot. 

Haa ni muke budak juara tu hahaha

Kami Awesome

Bahtera Cinta
Selesai sudaa slot kali ni dengan hyriel memenanginya. Dapat RM50 kot dengan yuran RM5. Kan untung disitu. Seterusnya pada waktu petang seperti biasa persiapan bermula bagi slot untuk waktu malam. Pada malam kedua ni, Kami meletakkan tema "Malam Penglipur lara" dengan tema pakaian Retro atau Old school. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan. Memang betul-betul rugi siapa yang tidak hadirkan diri. Antaranya kami sediakan seorang penyanyi yang bersuara merdu, ahli dikir barat Kolej Za'ba, Persembahan Tarian. Semua memang awesome.







Ini lah antara persebahan yang dipersembahkan oleh artis utube ni dan Kumpulan dikir barat KZ.. Memang kami pun sebagai warga KZ dah janjikan akan menyediakan sesuatu yang terbaik untuk pengunjung. Keesokan nya dalah hari terakhir bagi Karnival ni. Awal2 lagi senam irobik dibuat diperkaragan pentas utama dan pada waktu tengah hari berlansungnya Pertandingan memasak iaiu ECHECHE. Bukan kata pelajar UPSI pandai2 dalam akademik, tetapi ramai juga yang pandai memasak. Yang lgi membanggakan hyriel adalah peserta yang menyandang kejohanan ialah dari kaum lelaki. Siapa kata lelaki tak pandai memasak? hahaha.. Selesai dari itu, kami semua unit bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis penutupan. Apa yang istimewa malam penutup, kami membawa penampilan khas iaitu seorang penyanyi yang sangat popular iaitu Black dari rancangan realiti Mentor. Sorry la.. hyriel tak sempat nak upload. so hyriel boleh tampilkan beberapa keping gambar sahaja. Program Karnival Usahawan Kolej 2013 ni adalah Karnival yang paling hebat dalam UPSI ni. Alhamdulillah segalanya selesai. 









Berjaya juga hyriel nergambar dengan Black.. Kononya just jagalah jangan sampai diserbu oleh student lain.. hahaha ni lah cara nak ambil peluang. Bukan senang kan. Oke lah cukup kot sampai sini. Ingat Tahun depan ada lagi Event yang akan Kolej Za'ba buat. Tunggu saat itu pasti kepuasan dan kegembiraan menyelubungi anda. Hidup Za'ba Usahawan Penggerak Transformasi Dunia.


Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

0 Sang Pencerita:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena