: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Rindu Kepada Satu Perhubungan Persahabatan

Assalamualaikum
Selamat malam semua. Berkenaan tajuk entry kali ni, mesti korang cakap yang hyriel ni jenis yang poyo kan. Baru berapa hari tinggalkan kampung dah rindu bagai. Honestly, dari kecil hingga hyriel sambung ke tingkatan 6 hyriel tak pernah jauh dari keluarga dan tinggalkan kampung halaman. Kiranya ni first tie lah hyriel jauh dari keluarga. Bila time-time macam ni lah ingat kan kenngan manis di kampung. hahahaha













Setiap gambar telah menyimpan banyak kenangan manis yang mampu mengalirkan air mata. Ada juga kawan hyriel yang ada dalam gambar ni yang hyriel sendiri tak taw bila hyriel akan jumpa mereka. Kalau Allah dah takdirkan mereka sahabat hyriel sehingga ke akhir zaman nanti insyallah hyriel akan jumpa mereka suatu hari nanti. Mereka lah sahabat sehidup dan mati hyriel. Susah senang kami bersama.

Sebenarnya hyriel ni seorang yang sukar untuk bergaul. Tetapi mereka-mereka lah yang mengajar hyriel bagaimana untuk bergaul dan bersosial. Wahai sahabat ku insyallah jika umur ku panjang dan Allah mengizinkan untuk kita bertemu, insyallah kita tetap akan bertemu. Blogger semua, untuk pengetahuan korang, antara kawan-kawan hyriel yang ada dalam gambar, bukan semuanya berasal dari Malaysia. Ada juga yang berasal dari Thailand, Indonesia, Myanmar dan sebagainya. Oleh sebab itu, macam yang hyriel cakap tadi, selama 4 tahun hyriel di UPSI ni , macam-macam boleh berlaku. Kemungkinan besar kami tak akan berjumpa lagi. Sukar jika mereka telah pulang ke kampung halaman untuk hyriel berjumpa dengan mereka.

Ya Allah, kau rapatkan lah lagi hubungan persahabatan kami walaupun hubungan kami dihalang oleh sebuah lautan yang luas. Kerana persahabat kami ini sangat berharga dan tiada gantinya. Ya Allah, janganlah kau putuskan hubungan persahabatn kami ini, kerana aku hambamu yang lemah tak mampu mengharungi saat getir perpisahan kami

" Jadikan ini perpisahan yang termanis, 
seindah dalam hidup mu, 
sepanjang waktu
Semoga berakhir tanpa dendam dalam hati
maafkan semua salah ku 
yang mungkin menyakitimu"


Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

0 Sang Pencerita:

 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena