: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Dunia Baru



Bismillahirahmannirahim
Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua blogger. Dah agak lama Hyriel tak update entry kan? bukan apa, Hyriel cuma tak ada masa nak menaip. Diam tak diam sekarang Hyriel dah berjaya menjejakkan kaki ke alam Universiti. Nampak tak logo kat atas tu logo apa? Hyriel berjaya ditawarkan Ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pengajian Malaysia dengan Pendidikan selama 8 semester iaitu 4tahun. 
Kini Hyriel dah mula belajar untuk hidup berdikari dan jauh dari keluarga yang tersayang. Pada awalnya Hyriel rasa hyriel nak menolak tawaran ini kerana hyriel yak nak berjauhan dari keluarga. Tetapi Jika Hyriel tolak tawaran ini, apa yang akan terjadi dengan masa depan Hyriel. So nak atau pun tidak, Hyriel terpaksa bertahan selama 4 tahun untuk menempuh dunia yang baru ni. Pada mulanya Hyrel hendak melangkah kan kaki ke UPSI ni, macam-macam dugaan yang Hyriel lalui. Mak Hyriel dah janji untuk turut sama menghantar Hyriel ketika mendaftar tetapi takdir tuhan, akak Hyriel terpaksa dimasukkan ke rawatan kecemasan (ICU) kerana menerima serangan jantung. So, mak Hyriel tak dapat sertai dlam menghantar Hyriel ke UPSI. 
Sentap juga Hyriel dibuatnya, kerana mak yang tersayang tidak dapat sertai kami untuk hantar Hyriel. 
Tetapi tak mengapa, keadaan akak yang lagi penting. Bermakna abang Hyriel lah yang perlu menghantar hyriel ke U. Walaupun hati yang sebak terpaksa meninggalkan kampung halaman yang tersayang tetapi hyriel harus kuat dan terus berusaha. 
Bukan sejadar disitu saja halangan yang hyriel tempuh. Ketika dalam perjalan hentak mendaftar di UPSI, kami mengalami kemalangan jalan raya di bandar Tanjung Malim. Alhamdulillah kami tidak mengeami sebarang kecederaan. Tetapi kereta yang kami bawah hancur di bahagian hadapan nya. Kemalangan ni berpunca jalan raya yang sangat licin sehingga break lansung tak makan (hah bahasa kampung dah keluar)
. kami telah melanggar kereta seorang student jugak. So, kami terpaksa membayar ganti rugi terhadap perempuan tersebut. Nak buat macam mana kan? dah pandai langgar, pandai lah ganti. 
Hyriel terpaksa menumpang kereta kawan untuk pergi mendaftar. Sebak rasa hati bila nak dikenangkan. Apa-apa pun semua dah settle, sekarang hyriel dah mula belajar hidup di kampus dan kolej di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sudah mula mempunyai kawan baru, walaupun Hyriel selalu tinggalkan roomate sorang-sorang dalam bilik dan Hyriel tidur bilik lain,, hahaha Btw kenangan manis semasa majlis orientasi kolej sangat berharga dah susah untuk dilupakan.
Ok lah, Hyriel rasa cukup sampai sini dulu entry hyriel pada hari ni,, Hyriel nak minta maaf jika ada melakukan salah silap dan harap dapat dimaafkan.

Assalamualaikum.


Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

0 Sang Pencerita:

 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena