Bismillahhirahmannirrohim
Assalamualaikum
Selamat malam semua,. Tiba-tiba terdetik pula hati ni nak buat entry ni. First of all, terima kasih kepada semua new friendlist Hyriel yang baru saja add Hyriel kat Facebook. Kalau korang semua tak ada siapa lah Hyriel ni. Ok, straight to the point, setelah hyriel dicampak ke UPSI ni, macam-macam yang hyriel dah belajar, dari segi meningkatkan keyakinan diri sehingga lah cara-cara untuk bercampur dengan kawan-kawan baru. Thanks alot to RSK Bitara UPSI dan MMKZ UPSI yang telah membantu Hyriel dalam mengenali diri sendiri dan mengajar hyriel untuk pandai menghargai setiap apa yang ada disekeliling kita.
Selain itu, hyriel dah dapat jadual kuliah dah.
taraaaaa... macam ok kan,, tapi ada masalah sikit bahagian yang hyriel dah border tu. pertukaran subjek yang singkat dan tempat kuliah yang berbeza serta jauh. Sonic pun belum tentu mampu sampai tempat dalam masa yang sesingkat tu. So, ada senior yang pergi tukar group or tukar terus masa kuliah tu. Baiklah, now hyriel nak la promote sikit UPSI ni kat blogger semua, UPSI ni satu-satunya Universiti awam yang berfokus. Bermaksud, UPSI ni hanya pendidikan dan melahirkan pendidik sahaja. Tapi, kementerian dah keluarkan statement yang menyebabkan hyriel sentap la jugak. KPM dah tukar semua kos yang diambil di UPSI telah ditukarkan kepada open market. Korang tahu tak apa maksud open market? Natang tu maksud nya, sesiapa yang graduated dari UPSI belum tentu posting lagi. Tahu tak posting ape?? maksud nya belum terjamin student tu akan menjadi cikgu bila dah graduate nanti. Apa-apa pun hyriel hanya mampu berusaha yang terdaya dan kemudian tuhan lah yang tentukan masa depan hyriel dan kawan-kawan yang lain.
Baiklah.. kita lupakan lah benda alah tu.. Yang penting belajar dulu. Dimana-mana pun ada rezeki. Sekarang hyriel nak tnjukkan korang semua kawasan-kawasan penting yang ada di UPSI
Dalam Dewan Besar |
Kampus Baru |
Depan Dewan Besar |
Masjid |
Haaaa... tulah serba sedikit tentang UPSI.. Krang yang masih belajar di peringkat menengah,, belajarlah bersungguh-sungguh dan apply lah UPSI dan masuk Kolej Za'ba ok.. hahaha (promote) Sekarang yang penting Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Di Hati.
2 Sang Pencerita:
selamat datang ke upsi, junior.
haha sentapkan bila dapat tahu kita tak de jaminan nak posting, tapi insyaallah, kekalkan pointer yg tinggi, akan ada habuannya nanti :)
UPSI DIHATIKU ..
thnx,, UPSI DIHATIKU
Post a Comment