: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Hari Yang Begitu Singkat

Assalamualaikum

Malam ni adalah malam yang agak sayu bagi hyriel. esok hyriel perlu mengorak langkah ke Universiti dan meninggalkan sesuatu yang hyriel sayang. Demi Allah, kalau diikutkan hati, hyriel sanggup menjadi katak di bawah tempurung. Walaupun tidak dapat melihat dunia luar  tetapi hyriel dapat sentiasa bersama orang yang kita sayang. Walaubagaimanapun, hyriel terpaksa pergi untuk mengejar cita-cita demi mengubah masa depan. 
Pertama sekali hyriel tak sanggup nak meninggalkan jauh ibu yang tercinta memandangkan keadaanya yang tidak begitu sihat sepenuhnya. Tuhan saja yang tahu hati dan perasaan hyriel melihat air muka kegembiraannya ketika hyriel diterima untuk melanjutkan pelajaran. Sebak rasa hati, bila memandang raut wajah nya yang melihat pemergian hyriel untuk melanjutkan pelajaran. Tetapi demi mengubah masa depan dan inginkan masa depan yang cerah, hyriel terpaksa mengangkat kaki dan terus berjalan dengan hati yang sayu. Insyaa Allah, kalau diizinkan tuhan hyriel berjaya menamatkan pengajian ini, hyriel akan sentiasa bersama dengannya walaupun kami berjauhan. Ya Allah, dengan kuasamu aku memohon agar kau sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk ibuku dan permudahkan urusannya sehingga aku berjaya dalam hidup dan dapat membalas serba sedikit pengorbanannya selama membesarkan aku tanpa rasa jemu. Ya Allah, kau permudahkan urusanku sepanjang pemergianku untuk menimba ilmu. Kau tentukan kejayaan dalam hidupku agar aku dapat menyumbangkan serba sedikit kebaikan kepada orang yang berada disekelilingku yang sentiasa memberi sokongan dan sanggup berkorban demi melihat aku berjaya.


MY BELOVED MOTHER


Yang kedua. Semenjak hyriel menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran, perkara kedua yang terlintas dalam fikirn hyriel ialah sanggupkah hyriel berjauhan dengan sahabat-sahabat hyriel yang sentiasa berada dibelakang hyriel dikala susah senang hyriel. Hanya satu perkara yang bermain difikiran hyriel ketika melangkahnya hyriel ke Universiti iaitu adakah hyriel akan berjumpa semula dengan mereka yang sama selepas hyriel menamatkan pengajian nanti? Perkara ini sering menghantui hyriel sehingga hyriel merasakan untuk menyerah kalah. Walaubagaimanapun masa depan hyriel baru nak bermula. Hyriel terpaksa berkorban demi masa depan hyriel. Jika takdir tuhan telah tertulis persahabatan kami sampai disini, hyriel terpaksa akur dan redha. Ya Allah sesungguhnya kau adalah yang berkuasa, kau kuatkanlah hati kami agar tidak goyah dalam bersahabat. Sesungguhnya seumur hidupku persahabatan inilah kurasakan satu hubungan persahabat yang paling sempurna keerana adanya mereka-mereka yang saling mambantuku dikala ku susah dan senang, menyedarkan ku dikala aku hampir terbabas dalam kehidupan, memberikan aku semangat ketika aku hampir jatuh. Hyriel begitu berharap agar sahabat-sahabat hyriel dapat mendoakan kejayaan hyriel di dunia dan di akhirat.


















MY BESTIE :)

Sesungguhnya ujian Allah adalah kepada mereka yang Allah sayang dan tiada ujian yang Allah turunkan kepada hambanya sehingga hambanya jatuh. Assalammualaikum.


Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

0 Sang Pencerita:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena