: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Syiah agama baharu ciptaan Yahudi

Bismillahhirohmannirohim


Assalamualaikum
Selamat pagi semua blogger yang sudi menjengah blog hyriel ni. Berkenaan dengan tajuk hari ni, Hyriel ada terbaca dalam utusan Malaysia dimana Syiah merupakan agama baru yang dicipta oleh orang Yahudi. Nilah salahsatu tandanya kiamat. Fahaman Syiah disifatkan sebagai agama sesat baharu yang diasaskan Yahudi untuk merosak dan menghapuskan umat Islam.

Ketua Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (IMM), Mohamad Ismail berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan doktrin Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pegangan Islam sebenar.Menurut beliau, perbezaan paling ketara iaitu pengikut Syiah meletakkan sebanyak imam 12 sebagai maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil serta besar.

Malah, pengikut ajaran Syiah juga percaya sesiapa yang mengingkari salah seorang daripada imam tersebut adalah kafir dan akan kekal dalam neraka."Nikah mutaah pula mendapat kedudukan tinggi dan mulia dalam ajaran Syiah sedangkan perbuatan itu adalah pelacuran yang menggunakan nama agama serta bersifat nafsu semata-mata yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Sejarah, Konsep dan Doktrin Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, ajaran Syiah meletakkan kepercayaan al-Quran hari ini merupakan naskah yang sudah diubah suai para sahabat Nabi Muhammad SAW dan mendakwa kitab sebenar akan muncul bersama Imam Mahdi pada akhir zaman. Dalam pada itu, beliau menjelaskan, amat sukar mengenal pasti pengikut-pengikut Syiah memandangkan mereka mengamalkan 'taqiyah' iaitu menyembunyikan akidah dengan berselindung dan bermuka-muka.

Jelasnya, taqiyah merupakan asas agama atau rukun dalam ajaran Syiah yang mana pengikut Syiah yang tidak bertaqiyah dianggap sama seperti meninggalkan solat.

Disini serba sedikit yang hyriel dah google bagaimana ajaran syiah ni dapat di sebarkan :

1. Menghantar para pelajar dari negara Syiah Ke Universiti awan dan swasta di Malaysia
2. Menyiarkan artikal yang berunsur Syiah di akhbar utama dan majalah
3. Menyebarkan risalah dan buku propaganda Syiah di tampat awam
4. Meyertai ekspo terutama anjuran pertuuhan islam
5. Meresapi dalam jemaah-jemaah islam
6. Menganjurkan kelas takhfiz danterlibat dalam sisitem pendidikan bermula dari prasekolah
7. Berkahwin dengan pemuda pemudi sunnah
8. Bergerak aktif di alam siber dan menyebarkan dakwah syiah serta berdebat di forum sunnah

Itu la serba sedikit yang dapat hyriel kongsikan kepada blogger semua. Setiap sesuatu pasti ada khidmahnya. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa. Walaubagaimanapun segala Allah s.w.t yang menentukan.



Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

2 Sang Pencerita:

izzati shahidan said...

dalam majalah al-ustaz isu no. 17 bertajuk Menyingkap Topeng Syiah ada banyak lagi informasi tentang syiah. Mari sama-sama kita menyelidik pergerakan mereka.

putEra HyriEl said...

okey,, thnx alot :')

 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena